Monday, April 13, 2020

Nukilan Ayah


Sekarang
Baru kita hadam
Siapa ibubapa
Jerit perit seharian
Bersengkang mata
Berjemur panas
Bertengat wang
Makan seada saja
Kita buat biasa2
Nasihatnya sambil lewa
Pesannya disenyum sinis
Suruhanya buat ala kadar
Sayunya tidak disambut

Kini
Baru mengerti
Hakikat "ibu"
Siapa "bapa"
Setelah mereka tiada
Fahaman lebih jelas
Banyak pahala darinya
Tuntutan sangat banyak
Silap saja rupanya "durhaka"

Jika
Kau masih ada
Akan ku tunduk
Memohon ampun berpanjangan
Memenuhi dengan senyuman
Bersedia berkhidmat
Aku ku selalu disisi
Rasanya tak ku abai lagi

Ooh
Masa berlalu
Dia sudah pergi
Berpanjangan mohon ampun maaf
Kerap hadir dalam ingatan
Doa ada.senjata kita.

Ayah, 12 April 2020
Perintah Kawalan Pergerakan COVID19

Friday, July 26, 2019

Mengingati Atin

Saat ini Moklong tahu Atin sedang menahan sakit, Moklong faham Atin mohon menyendiri, Moklong sedar masa kita bersama sudah hampir sangat ke penghujung. Terima kasih Allah atas pinjaman yang sebentar ini. Hadir mereka sudah satu anugerah yang tak ternilai, maka hanya disisi Mu sahajalah selayaknya tempat kembali. Moga Atin terus berlari di taman syurga, bahagia selamanya di samping Rabbuljalil.

Aku redha ya Allah.


Friday, May 31, 2019

Cang


Sudah masuk 8 kali raya, 8 tahun berlalu, sejak kali terakhir Cang berbuka puasa dan beraya dengan kami semua. Tiada satu hari pun berlalu tanpa kami merinduimu. Apa khabar agaknya Cang di sana. Sudah lama benar rasanya tiada suara, tiada bayangan dan tiada sahutan untuk kami semua. Doa Kakyah pada setiap malam, pada setiap kali solat, Cang bahagia di sana. Kakyah rindu yang teramat. Ma dan ayah mestilah lebih lagi. Sampai jumpa lagi.



Monday, February 18, 2013

Oh my atiliana!!

Atiliana : Moklong nape tak kahwin lagi?
Moklong : Moklong nak kahwin ngan saper?
Atiliana : Kakak nak kahwin ngan imam muda. Moklong jangan kahwin ngan imam muda ya?

Selang sebulan..

Moklong : Kakak, moklong nak kahwin imam muda jugak boleh?
Atiliana : Boleh!!! Kakak nak kahwin ngan ultraman. Moklong kahwin lah ngan imam muda ya?

Sungguh!! Anak kecil utusan Allah dari syurga. Moklong doakan kakak jadi anak soleh, dunia akhirat.

Wednesday, December 26, 2012

Teguhlah bersamaku

Selalu sangat bergantung pada manusia, maka bila dikecewakan remuk redamlah hati. Selalunya juga tahu bahawa hanya Yang Satu yang mampu menolong, selalu itu jugalah manusia juga yang dicari. Mungkin didasarnya masih belum kuat iman, masih belum teguh percaya dan masih ragu pada Yang Mencipta. Sama-samalah berdoa moga dikurniakan hati yang suci, yang di dalamnya tiada sedikit pun ragu, yang di dalamnya ada teguh percaya. Aku merayu Mu, jangan palingkan rahmat Mu dari ku...

Monday, November 5, 2012

ma lupa

ma tengok ayah sibuk, spm bermula esok
ma tahu ma ada anak yang nak spm juga
ma bangun pagi2 untuk solat hajat untuk anak ma
ma lupa rupanya, anak yg itu sudah tidak perlu spm
anak itu sudah lepas segala ujian dunia
ma juga manusia

Sunday, October 14, 2012

merpati putih

Seusia malam ku menantimu
Dihembus embun aku tersipu
Mungkinkah kau lupa temujanji kita
Kau gembira bersama teman-temanmu

Berlari-lari ku mencarimu
Selembut salju musim berlalu
Mengapa berubah sekelip mata
Hatiku gundah tiada terhingga

Kau umpama merpati putih
Patah sayapnya di udara
Kau umpama merpati putih
Patah sayapnya di udara
Merbahaya

Merpati putih - OAG

Jauh

Andai dekat dia aku jauh dariMu
Jauhkanlah dia agar aku dekatMu
...dan jadikanlah redha dalam hatiku