Wednesday, September 3, 2008
pagi jumaat itu
Tuhan tarik sekejap nikmat berkaki
tidak ku mampu berdiri
apa lagi berlari
pagi jumaat itu
Tuhan tunjukkan kasih
pada jiwa-jiwa yang bersih
yang selama ini tidak terniat aku sisih
pagi jumaat itu
akhirnya bercucuran
air yang tak terbendungkan
dari mata-mata yang tak tertahankan
pagi jumaat itu
masih ramai yang keliru
apa sebenar berlaku
kerana yang pasti tahu
cuma Tuhan Yang Satu
jua kamu dan aku
Tuhan,aku redha!!
Monday, August 18, 2008
sombongkah?
.jpg)
kerana sombong,rela dia tidak meminta tolong
kerana sombong,rela dia menghubungi trak tunda
kerana sombong,rela dia menunggu berjam-jam
kerana sombong,rela dia mendiam seribu bahasa
kerana sombong,rela pula yang lain memerhati
kerana sombong,tiada pula yang lain mendekati
kerana sombong,satu kerja pun tak jadi
kera mana yang sombong?
ke lapan & ke sembilan

Friday, August 15, 2008
sabar sajalah
yang maha tahu itu Tuhan
yang maha adil itu Tuhan
yang maha kasih itu Tuhan
yang maha mendengar itu juga Tuhan
moga mampu ku kutip sedikit sabar itu
moga mampu ku tahu apa perlu sabar
moga aku adil meletakkan sabar
moga terbias kasih Mu dek kerana sabar
moga terdengar oleh Mu sabar yang satu ini
meski memang ku tahu
hanya Kamu yang maha segala...
Thursday, August 14, 2008
tumpang gembira
semester ini menghadiahkan aku pelajar yang menceriakan hari, dan melapangkan dada.walau mereka tidak sebijak yang dulu-ada sesuatu yang membuat aku terpaku.setiap mereka dengan cerita berbeda.alangkah baik kalau aku mampu duduk,mendengar keluh kesah mereka,mentakrif senyum pahit mereka dan berkongsi tawa tangis mereka.mereka bukan senang,namun tercampak kesini-kerana ilmu.kerana itu tidak adil kiranya ada antara kami berkata sinis 'kamu ini anak orang senang,sebab itu kesini...'---kerana mereka ini tidak punya banyak pilihan.moga pilihan yang 1 ini baik untuk mereka. selamat berjuang..
Friday, August 8, 2008
rindu pd syafiq...
Monday, August 4, 2008
blk kg
.jpg)
-klia-antar waqi-ramadhan 2007-
slm buat adk2 yg mgkin menatap...pg td k.yh br smpai dr kg.lega rasanya, membereskan satu tugas yg kiranya wajib di lakukan sebulan sekali---mnjenguk ma ayh.mereka sihat2 shj--ayh mgkin nmpak lg kepenatan-smggu brkursus d jb.ma mcm biasa--cool..brsama natasya nya--bg din & waqi yg blum thu, natasya itu nama ank kucing jantan yg tggal menumpang sebatang kara di rmh, menemani ma ayh--menceriakan hr ma-sewajibnya.nama cantik yg diberikan okjah (a.k.a paijah) yg pd perkiraan k.yh tdk selayaknya berada pd sesuatu yg jantan sifatnya. :)
ptg sbtu, smasa dijemput ayh-sempat mengiringi paih ke asrama-paih...yg kita semua kenal. :) sejuk mata menatapnya-runsing d hati tiada yg tahu. sm2 kita doakan dia, keputusan peperiksaan terbaru tdk begitu baik.moga dia tdk hanyut dgn kwn2-atau mgkin jg tdk dia menghanyutkan kwn..
lewat petang menjenguk isyang di asrama--jangan tak percaya, dia makin susut...lagi.ada khabar gembira buat semua-markah bm nya tertinggi dlm kelas, dan katanya mungkin b.i juga tertinggi-cuma cikgu tak sempat umumkan..haha..kalian faham bukan?masih tak berubah adik yang satu ini.
tiba di rumah sdh lewat maghrib--sunyi betul...terfikir-bagaimana ayah ma meneruskan hidup dengan sunyi yang begitu??yang jelas di ingatan-bunyi natasya,bau natasya dan laungan ma memanggil natasya...besar maknanya natasya di mata ma-mungkin juga ayah-cuma tidak disuarakan mungkin..kerana itu jangan sesekali menyebut untuk membuang natasya..jahat mana pun dia-nakal mana pun dia--hanya itu yang ma ada-buat pemeriah suasana..ayah-yang pasti setia menanti---untuk membersihkan apa2 sisa natasya.seperti biasa ayah juga tidak pernah merungut..
semalam juga k.yh sempat menemani ma mencari kain baju kurung raya anak2 perempuannya.yang lelaki seperti kata ayah-beli saja yang sudah siap.sekali lagi ayah setia menemani--ke honyi.walaupun sekadar menunggu di kereta, jelas sekali dia tidak mahu sunyi di rumah.juga sempat ke rumah amah--menjenguk ayah aji yang baru 'menukar manik mata'-katanya..smpai sekarang k.yh masih tak tahu mcm mana rupanya manik mata...????
tepat 8.15, k.yh sudah berada di dalam bas.dihantar ayh ma.seperti biasa-ayah malu saat mahu dicium pipi-cepat2 dia mengalihkan muka..adik2ku-selepas ini,biasa2 kan ya?selagi sempat-kita buat..ma bertanya-ada duit?soalan biasa yang kadang2 sukar untuk membiasakan diri menjawab 'ada'.hahaha... :) .tp mcm skima jawapan yang biasa-ada ma,klu xda,kita puasa..
insyaAllah lagi 2 mggu k.yh balik lg...cuti skolah dan k.a bertunang...
Sunday, July 27, 2008
:p

Thursday, July 24, 2008
?????
.jpg)
-kfc intan-
moga jd lah apa yg drancang-moga aku x brubah fikiran-mcm slalu-..selamat hari lahir k.suja!
Sunday, July 20, 2008
teman baru
malaysiaku
Saturday, July 19, 2008
foto pertama
foto ini-salah satu foto kegemaran, mgkin antara yg terawal mengingatkan aku betapa perlunya bergambar.darjah 1 rose-cikgunya, cikgu wan nor hanidah.cikgu pertama yg kukenal, kerana aku satu2 nya yg tidak ke tadika.masih tergambar lg kekalutannya menyusun kami-yang akhirnya membawa aku duduk di sebelahnya.mgkin jg kerana terlalu kecil, maka layaklah aku di kerusi itu.yg lain tgginya hmpir 2 kali ganda.
darjah 1 yg manis sekali, kwn2 yang mulus & tulus.ramai yg sdh berkeluarga, mgkin jg sudah punya anak sebesar kami dlm foto ini.usia foto ini sdh menjangkau 20 thn, maka itu aku sdh lupa mn ltknya ia.nasib baik masih ada di simpanan 'softcopy'.
msh jg teringat, ada di kalangan kami yg berlari pulang saat jururawat kg dtg mahu melakukan suntikan, atau mahu memeriksa gigi, atau sekadar lalu di depan kelas kami. aku antara yg berani, plg ke depan klu beratur (mgkin jg terpaksa, kerana aku yg plg comel!), bkn kerana apa, kerana pasti kami ada habuan, coklat kecil berbentuk duit syiling @ coklat susu, plg tdk dibekalkan dgn ubat kutu..haha...siapa yg tdk berkutu ms itu?
J A H
fas'
.jpg)
2 dins
erti sahabat
_2.jpg)
.jpg)
.jpg)