-klia-antar waqi-ramadhan 2007-
slm buat adk2 yg mgkin menatap...pg td k.yh br smpai dr kg.lega rasanya, membereskan satu tugas yg kiranya wajib di lakukan sebulan sekali---mnjenguk ma ayh.mereka sihat2 shj--ayh mgkin nmpak lg kepenatan-smggu brkursus d jb.ma mcm biasa--cool..brsama natasya nya--bg din & waqi yg blum thu, natasya itu nama ank kucing jantan yg tggal menumpang sebatang kara di rmh, menemani ma ayh--menceriakan hr ma-sewajibnya.nama cantik yg diberikan okjah (a.k.a paijah) yg pd perkiraan k.yh tdk selayaknya berada pd sesuatu yg jantan sifatnya. :)
ptg sbtu, smasa dijemput ayh-sempat mengiringi paih ke asrama-paih...yg kita semua kenal. :) sejuk mata menatapnya-runsing d hati tiada yg tahu. sm2 kita doakan dia, keputusan peperiksaan terbaru tdk begitu baik.moga dia tdk hanyut dgn kwn2-atau mgkin jg tdk dia menghanyutkan kwn..
lewat petang menjenguk isyang di asrama--jangan tak percaya, dia makin susut...lagi.ada khabar gembira buat semua-markah bm nya tertinggi dlm kelas, dan katanya mungkin b.i juga tertinggi-cuma cikgu tak sempat umumkan..haha..kalian faham bukan?masih tak berubah adik yang satu ini.
tiba di rumah sdh lewat maghrib--sunyi betul...terfikir-bagaimana ayah ma meneruskan hidup dengan sunyi yang begitu??yang jelas di ingatan-bunyi natasya,bau natasya dan laungan ma memanggil natasya...besar maknanya natasya di mata ma-mungkin juga ayah-cuma tidak disuarakan mungkin..kerana itu jangan sesekali menyebut untuk membuang natasya..jahat mana pun dia-nakal mana pun dia--hanya itu yang ma ada-buat pemeriah suasana..ayah-yang pasti setia menanti---untuk membersihkan apa2 sisa natasya.seperti biasa ayah juga tidak pernah merungut..
semalam juga k.yh sempat menemani ma mencari kain baju kurung raya anak2 perempuannya.yang lelaki seperti kata ayah-beli saja yang sudah siap.sekali lagi ayah setia menemani--ke honyi.walaupun sekadar menunggu di kereta, jelas sekali dia tidak mahu sunyi di rumah.juga sempat ke rumah amah--menjenguk ayah aji yang baru 'menukar manik mata'-katanya..smpai sekarang k.yh masih tak tahu mcm mana rupanya manik mata...????
tepat 8.15, k.yh sudah berada di dalam bas.dihantar ayh ma.seperti biasa-ayah malu saat mahu dicium pipi-cepat2 dia mengalihkan muka..adik2ku-selepas ini,biasa2 kan ya?selagi sempat-kita buat..ma bertanya-ada duit?soalan biasa yang kadang2 sukar untuk membiasakan diri menjawab 'ada'.hahaha... :) .tp mcm skima jawapan yang biasa-ada ma,klu xda,kita puasa..
insyaAllah lagi 2 mggu k.yh balik lg...cuti skolah dan k.a bertunang...