Saturday, January 31, 2009

perihal madu

lewat petang semalam,moksu bercerita perihal mencari isteri.didengar dari radio katanya.ada 5 petua mencari isteri ;
1) pilih yang beriman
2) pilih yang sejuk mata memandang
3) pilih yang pandai memasak
4) pilih yang boleh menjaga hati
5) pastikan keempat2nya tidak mengenali satu sama lain
serius aku mendengar,lawak antarabangsa rupanya.ada betulnya juga.pagi ini sementara menunggu mata mengantuk, terfikir kembali tentang itu.perihal madu-pernah kutanyakan pada ayah-tidakkah dia mahu beristeri lagi, memadukan ma dalam makna kata yang lain.ringkas saja jawabnya-tidak ada lelaki yang tidak mahu beristeri lebih dari satu.tapi bagi dia,tidak sanggup untuk melihat anak-anak perempuannya dimadukan suatu hari nanti.lalu aku terfikir-apa kaitan dia beristeri lain dengan kami yang dimadukan.'slow' betul aku masa itu (seingatnya-soalan ini aku ajukan sewaktu di darjah 3).bila di usia begini baru ku faham.
sewaktu di tingkatan 2 di sebuah sekolah agama di kota bharu, seorang senior yang kononnya boleh meramal sesuatu melalui garis di tapak tangan,meminta melihat tapak tanganku.sebaik saja ditenung, dia terus berlalu.katanya tiada apa2 yang menarik.dari air mukanya aku tahu dia sembunyikan sesuatu (terasa pula mahu menyanyikan lagu sembunyi-misha & andy flop poppy).puas dipaksa barulah diberitahu-katanya aku akan dimadukan-samada menjadi yang tua atau yang muda.hahaha-bayangkan apa perasaan ketika itu-kelabu sekejap muka-di umur itu aku dikatakan akan dimadukan-takut amat!!!aku hidup dengan bayangan itu sehingga sekarang.setiap kali terfikirkan itu, seriau bulu roma.mana iman dan akal ku?tidakkah percaya pada qadha' & qadar itu adalah sebahagian daripada rukun iman?tidakkah kerja menilik itu syirik?tidakkah berdosa aku?tapi itu aktiviti zaman jahiliyah,masa remaja,semua benda hendak dicuba. sudah ku pohon ampun dari Tuhan-moga2 diterima.
ditanyakan pada kawan2 satu ofis perihal madu.yang lelakinya akan menjawab 'mahu saja'.yang perempuannya menjawab 'tidak rela,baik diceraikan dari dimadukan'.aku menjawab 'no komen'.hahaha-macam artis pula.seorang ustaz yang selalu bercerita perihal ingin beristeri lebih menjawab 'tidak mungkin cik yah.saya sayangkan isteri saya.susah saya mendapatkannya,mana mungkin saya sakitkan hatinya'.ustaz yang tahu hukum-hakam,yang tahu lebihnya & kurangnya madu pun tidak sanggup memadukan.ermmmm...fikir2 lah.
madu itu manis sekali,
pahitnya berkali-kali.

-kenapa berat benar tajuk pagi ini?-

Thursday, January 29, 2009

bangau oh bangau

Bangau oh bangau,
kenapa engkau kurus?
Macam-mana aku tak kurus,
ikan tak mahu timbul.

Ikan oh ikan,
kenapa engkau tak timbul?
Macam-mana aku nak timbul,
rumput panjang sangat.

Rumput oh rumput,
kenapa engkau panjang?
Macam-mana aku tak panjang,
kerbau tak makan aku.

Kerbau oh kerbau,
kenapa tak makan rumput?
Macam-mana aku nak makan,
perut aku sakit.

Perut oh perut,
kenapa engkau sakit?
Macam-mana aku tak sakit,
makan nasi mentah.

Nasi oh nasi,
kenapa engkau mentah?
Macam-mana aku tak mentah,
api tak mahu menyala.

Api oh api,
kenapa engkau tak mahu menyala?
Macam-mana aku nak menyala,
kayu api basah.

Kayu oh kayu,
kenapa engkau basah?
Macam-mana aku tak basah,
hujan timpa aku.

Hujan oh hujan,
kenapa timpa kayu?
Macam-mana aku tak timpa,
katak panggil aku.

Katak oh katak,
kenapa panggil hujan?
Macam-mana aku tak panggil,
ular nak makan aku.

Ular oh ular,
kenapa nak makan katak?
Macam-mana aku tak makan,
memang makanan aku.

Memang makanan aku......

-mahu aku menjadi seperti ular..
tidak diletakkan salah pada yang bukan hak
tidak dinafikan rasa pada yang hak
tidak itu dan tidak ini
..kalaulah bisa sentiasa begitu, duhai akal dan hati...-

Wednesday, January 28, 2009

hari raya cina

pagi ahad jam 6.30, baru dapat menjejak kaki di tanah r.panjang.dijemput ayah seperti selalu,bertanya khabar aku dan adik2.seperti biasa-ok sj ayah.smpai di rumah melihat kerut risau din-barangkali memikirkan mahu dicari di mana 20 ribu buat pembedahan kali kedua tangannya.jangan buntu din, masih banyak cara,masih ada kakak-kakak untuk membantu.apa guna saudara kalau masalah sekecil ini tidak bisa dibantuselesaikan.
sekitar jam 9.30 pagi, menemani ma dan jah ke pekan rantau panjang.ma mencari t-shirt dan seluar trek cang, jah mencari kertas kajang dan aku mencari sehelai jins,namun dijumpai bersama 2 helai baju.seperti sudah jadi kebiasaan 2 3 menjak kebelakangan ini, 1 yang dicari, 3 atau 4 yang lain mengekori.hisy...tabiat baru yang patut aku kikis cepat2, kalau tidak kikir lah aku selepas ini.
petangnya baring2 membaca akhbar.tidak mahu menemani ayah ma ke kenduri.bosan amat mahu menadah telinga mendengar soalan yang sama.sudah boleh kalian agak rasanya apa bentuk soalannya.
malamnya memerhati lembut tangan ayah ma mengurut tangan din-betapa kita beruntung din,sakit kita ketika mereka masih disisi.ada mereka untuk menemani,walau sesekali diiringi bebelan-tidak mengapa.enak didengar juga sekali sekala.
pagi isnin-sekitar jam 9.30 pagi bertolak ke pulai chondong, ke rumah tukang urut yang biasa.sesi urutan keempat untuk aku dan pertama kali untuk din.ya tuhan, sakit betul kali ini,bahana bertumit tinggi dan berulang naik turun ke tingkat 3,juga memandu 50 km hampir setiap hari.2 jam baru selesai.ringan rasanya badan.bagi yang belum pernah berurut,jangan sesekali kalian cuba-kata orang, jangan diajar badan berurut,ketagih jadinya.konteks aku-terpaksa.
petangnya, menyambut makcik sekeluarga.membawa menantu barunya dan seisi keluarga yang x berapa besar itu.terduduk aku petang itu dengan ayat pedas mak saudara ku yang satu,sangkaku tiada yang perasan,tapi ayah faham rupanya.ayah yang sangat2 menjaga bab itu,agak terasa mungkin, kerana itu diulang2 di depan ma.mohon ma mengerti bagi pihak kakaknya.tiada apa yang sakitnya ayah,apa yang dikata betul belaka.biarkan mereka, lenguh mulut berhenti jua.
pagi selasa-sudah lama tidak bermalasan begini..hahaha...(betul ke wok?)..aku tidur sepanjang pagi.mungkin masih terasa dan terkenang tingkah makcik yang semalam.tengaharinya mula mengemas barang2 untuk dibawa ke kl.serasa tidak mahu menjenguk saudara untuk tempoh yang dekat ini.merajukkah aku?
petangnya menjenguk icang di asrama.sihat2 seperti selalu.jangan risau =) (buat kekasih2 hatinya-wok dan okjah)
malamnya-berangkat ke kl dengan bas persiaran.sudahlah mahal dari biasa, servisnya pun lebih istimewa dari biasa.hahaha..tayar pancit di k.krai.2 jam menunggu baru boleh menyambung perjalanan.sudahnya 9.15 pagi baru aku sampai di stesen lrt salak selatan.emergency leave yang pertama untuk tahun ini..huhu..seronok juga sebenarnya. kesian moksu, menunggu ku sedari jam 5 pagi, akhirnya pulang dengan tidur yang tidak cukup, dan aku yang tidak sampai2.itulah moksu, sudah ku katakan, tunggu panggilan baru bergerak.akhirnya, ber lrt juga lah aku.
petangnya-dibelanja sate hj samuri.terima kasih untuk yang sudi belanja.lain kali boleh lah lagi ye =)
-awalnya tidak tahu mahu tulis apa, akhirnya biar semua tahu, aku memang kering idea.sekadar mahu berkongsi dengan mereka yang dekat-

entah-buat din & waqi

Entah mahu bicara tentang apa, entah mahu mula dengan apa.saat ini seluruh keluarga turut sama hilang ceria-walau di mata dan mulut seakan tiada apa berlaku.dari sorot mata kalian, dari desir suara kalian, kami tahu kalian sedang sarat menanggung beban.nun jauh di hati, kami turut merasa apa yang kalian rasa.kami sedih melihat kalian bersedih, kami sugul melihat kalian sugul,kami kabur melihat kalian kabur.tolonglah adik2ku,kembalikan ceria di wajahmu, agar kami juga bisa kembalikan ceria di wajah kami.duhai adik, ujian ini mungkin yang paling berat buat kalian, tapi bagi kami ujian ini pelengkap hidup kami.kita hadir bersama suka dan duka.telah kita sama harungi saat suka, apa salahnya kalau duka ini kita juga sama berkongsi.jangan sekali kalian rasa berseorangan,sedang kami ada untuk meramaikan.jangan sekali kalian beralah, kerana bukannya cara kita untuk beralah.selagi hayat dikandung badan,selagi roh dikandung jasad-kita akan sama berusaha.masih banyak jalan yang belum dicuba.tidak Allah turunkan dugaan pada orang2 yang tidak selayaknya menanggung.sama kita menguatkan.salam sayang, long.

Saturday, January 24, 2009

kebal rasa

untuk kali ini perlu aku kebalkan rasa.demi adik2 dan ma ayah.perlu dicari tapak baru untuk berlari,agar aku sempat menjadi sesuatu yang dapat mereka rasakan kehadiran.demi antara mereka dan pelajar,kudahulukan mereka yang lebih perlu.jauh mereka mendahulu.

Sunday, January 18, 2009

salam untuk waqi

salam untuk adik yang satu
aku tahu sukarnya hidupmu
aku sedar sesaknya fikiranmu
aku kagum akan kekuatanmu
aku kaget fikirkan ketakupayaanku
aku tak berdaya membantu dari segi itu
aku juga merangkak sepertimu
aku pohon kefahamanmu
aku pinta teruskan ketabahanmu
aku doakan yang terbaik buatmu
aku faham benar susahnya kamu
aku arif benar senangnya kamu
aku harapkan yang bahagia sahaja untukmu
aku rindu kamu
-moga dalam lindunganNya selalu-

Tuesday, January 13, 2009

12 hari yang sudah

hari ke 13
12 hari yang lepas banyak betul yang berlaku
1- kamu buat ku tersenyum
2-balik kampung
3-antar jah dan yu ke asrama, baliknya meredah beberapa jalan ditenggelami air-kesian wira ayah-kesian juga fadie a.k.a wok, mengalah menggunakan kancil-tugasannya menghantar paih dan cang-boleh dibayangkan, sambil memandu sambil tangan mengelap cermin--hujan lebat, penghawa dingin rosak,berketul2 lah lenganmu selepas ini--hehehe..wok memang power!!!
4-bersama fadie mengintai anak2 cikgu murni main air bah (kutahu benar-kamu cemburu)
5-air pun pandai bertahan (banjir termenung,aku dan fadie sama termenung)
6-menjemput ayah ma dr lapangan terbang --speechless moment, how i miss them so much!!!
7-antar paih (jajahan pasir mas-7 pagi)
antar fadie (jajahan kota bharu-9 pagi)
antar yu (jajahan tanah merah-6 petang)
antar cang (jajahan tumpat-7 petang)
antar aku (pekan rantau panjang-8.30 malam)
-kutinggalkan ayah ma yang masih banyak mahu bercerita-sedang anak-anak sibuk dengan
dunia sendiri-andainya masa itu milik kita
8-sampai k.l-----keja la, apa lagi!!!
9-amek din (lcct)-2 pagi br sampai umah
10-antar mimi mandi
11-temankan moksu g sogo, aku g kedai pakaian murah-sebelah pusat pakaian hari2-memang
rasa mahu pegi hari2-murah amat,cantiknya tak berapa-faham sajalah
12-kelas seawal 8 pagi-petangnya gi amek mimi--bersih jugaklah untuk harga rm180- kusyen+karpet---hapaknya masih ada
13-hajatnya mahu bergerak seawal 6.30-mahu singgah di um-mencari sisa-sisa yang tertinggal

---ceria2 semua.kerana hari ini tidak mungkin berulang, nikmati dan hayati setiap yang berlaku---
aku bahagia bila kamu bahagia

Sunday, January 11, 2009

sedang aku berkira

sedang aku berkira mahu kfc atau mcd
yang di sana berkira mahu hidup atau mati

sedang aku berkira mahu milo atau nescafe
yang di sana berkira mahu hidup atau mati

sedang aku berkira mahu tgv atau gsc
yang di sana berkira mahu hidup atau mati

sedang aku berkira mahu adidas atau nike
yang di sana berkira mahu hidup atau mati

sedang aku berkira mahu levi's atau lee
yang di sana berkira mahu hidup atau mati

sedang aku berkira mahu bangkok atau bali
yang di sana berkira mahu hidup atau mati

sedang aku berkira mahu boikot atau beli
yang di sana berkira mahu hidup atau mati

sedang aku masih berkira-kira
yang di sana sudah tak terkira

ini bukan sekadar keagamaan
ini melebihi batas kemanusiaan
bertahanlah Gaza
Allah sentiasa bersama

Tuesday, January 6, 2009

antara salji dan airmata

salji turun lagi
seperti selalu
yang setia pada disember
gerimis jatuh lagi
seperti selalu
yang setia pada tengkujuh
dan airmataku
gugur lagi
seperti selalu
yang setia pada hati

walau kelak saljinya jadi jernih
walau kelak gerimisnya jadi kering
walau kelak airmataku jadi beku
mana mungkin sejernih hatimu
mana mungkin sekering hatiku
mana mungkin sebeku hati kita

-kita sama berjuang-
samalah kita menguatkan
kita juga tahu untuk siapa nukilan ini
=)

Thursday, January 1, 2009

Fall for you

Tidak tahu mengapa lagu ini selalu terngiang2.mungkin kerana alarm di henset teman serumahku selalu saja menyanyikan lagu ini di pagi hari.setiap pagi pasti aku terkebil2 cuba memahami apa yang dinyanyikan.maka malam ini baru ku jumpa.agakku, mungkin ada maknanya lagu ini pada dia.tapi padaku, ia sekadar lagu-sedap juga liriknya,indah juga muziknya.mungkin tidak salah-kalau sekadar ingin berhibur secara tidak keterlaluan.hayati...


The best thing about tonight's that we're not fighting
It could it be that we have been this way before?
I know you don't think that I am trying
I know you're wearing thin down to the core
But hold your breath
Because tonight will be the night
That I will fall for you over again
Don't make me change my mind
Or I won't live to see another day
I swear it's true
Because a girl like you is impossible to find
You're impossible to find
This is not what I intended
I always swore to you I'd never fall apart
You always thought that I was stronger
I may have failed, but I have loved you from the start
Ohh, but hold your breath
Because tonight will be the night
That I will fall for you over again
Don't make me change my mind
Or I won't live to see another day
I swear it's true
Because a girl like you is impossible to find
It's impossible
So breathe in so deep
Breathe me in, I'm yours to keep
And hold on to your words 'cause talk is cheap
And remember me tonight when you're asleep
Because tonight will be the night
That I will fall for you over again
Don't make me change my mind
Or I won't live to see another day
I swear it's true
Because a girl like you is impossible to find
Tonight will be the night
That I will fall for you over again
Don't make me change my mind
Or I won't live to see another day
I swear it's true
Because a girl like you is impossible to find
You're impossible to find