Thursday, August 14, 2008

tumpang gembira

mendengar khabar anak2 muridku,mentee2ku lulus dengan cemerlang, cukup untuk menceriakan pagi, petang dan malamku.walaupun mereka tidak menerima ilmu terus dariku-gembiranya mereka terpercik,terasa juga.moga murid yang sedang ku depani semester ini bakal membawa berita gembira juga-walaupun saat menanda kertas ujian pertengahan semester mereka---serasa seperti menelan kerak nasi semalam-cukup payah dan memeritkan---mahu diluah marah-takkan kemana.yang sudah lepas, lepaslah.jangan dikenang lagi.
semester ini menghadiahkan aku pelajar yang menceriakan hari, dan melapangkan dada.walau mereka tidak sebijak yang dulu-ada sesuatu yang membuat aku terpaku.setiap mereka dengan cerita berbeda.alangkah baik kalau aku mampu duduk,mendengar keluh kesah mereka,mentakrif senyum pahit mereka dan berkongsi tawa tangis mereka.mereka bukan senang,namun tercampak kesini-kerana ilmu.kerana itu tidak adil kiranya ada antara kami berkata sinis 'kamu ini anak orang senang,sebab itu kesini...'---kerana mereka ini tidak punya banyak pilihan.moga pilihan yang 1 ini baik untuk mereka. selamat berjuang..

No comments: