pagi jumaat itu
Tuhan tarik sekejap nikmat berkaki
tidak ku mampu berdiri
apa lagi berlari
pagi jumaat itu
Tuhan tunjukkan kasih
pada jiwa-jiwa yang bersih
yang selama ini tidak terniat aku sisih
pagi jumaat itu
akhirnya bercucuran
air yang tak terbendungkan
dari mata-mata yang tak tertahankan
pagi jumaat itu
masih ramai yang keliru
apa sebenar berlaku
kerana yang pasti tahu
cuma Tuhan Yang Satu
jua kamu dan aku
Tuhan,aku redha!!
No comments:
Post a Comment