semua tahu siapa mimi,myvi merah moksu.kebelakangan ini,jauh dia dari aku.boleh dibilang dengan jari berapa kali aku menjamah sterengnya sekembalinya ke kl.bukan tidak sudi,tapi tidak berkesempatan,sungguh.mahu diletakkan di mana saga baruku yang hitam itu.berat lidah meminta kebenaran ayah membenarkan saga itu kekal di kl,jadinya perlulah aku betul2 memanfaatkan adanya dia.tiada niat langsung untuk terus melupakan mimi-kereta yang jasanya tidak mungkin tertebus oleh sebarang kereta pun.serba salah betul pada moksu.mimi buruk dan tua kerana aku.mana mungkin aku lupa itu.
Papa ku pulang dari kota
Papa ku belikan kereta
Kereta kecil warna merah
Boleh ku bawa ke sekolah
Pon Pon Pon Pon Pon Pon Pon Pon Pon
Kereta kecil ku berbunyi
Marilah adik mari naik
Boleh ku bawa jumpa nenek
p/s:lagu ini pernah kami sama2 nyanyikan sewaktu mula2 mendapat mimi.gembira tak terkata saat itu.kereta pertama moksu,ibarat kereta pertama aku juga.mimi kekal yang pertama,tiada yang pernah dan akan berubah.
=)
No comments:
Post a Comment