Tuesday, May 19, 2009

selamat hari lahir adik



saban bulan rasanya
mengucapkan selamat hari lahir buat kalian
bangga amat
ada kalian sebagai adik
mei-bulan untuk waqi dan paih
seperti selalu
harapku
jangan kalian rebah
dek ujian bertalu-talu
kerana kita semua tahu
anak mei anak yang kuat
selalu diuji dengan yang hebat-hebat
kalian bertuah
menjadi pilihan Tuhan
untuk diberi pahala percuma
walau sebenarnya ia tidak datang percuma
bertahanlah kalian
kerana sabar itu milikmu
maka tunggu sajalah habuan dari Tuhan
selamat hari lahir
seperti selalu
semoga dipanjangkan umur
semoga dimurahkan rezeki
selamatlah dunia akhirat kalian
amin

p/s: semoga dapat k.yah ucapkan beratus kali lagi...selamat hari lahir adik!!!

1 comment:

pemburu syurga said...

terima kasih kak yah=)
sama2lah kita menguatkan...
doakan dan restui perjalanan kami adik2mu ya!!