mahu ku khabarkan pada dunia bahawa aku ini cuma manusia biasa punya hati dan rasa. dan aku juga punya famili dan sahabat yang sentiasa mahukan yang terbaik buatku. mengapa semua orang harus bersusah untukku. bukankah hidup ini selalunya sendiri, matinya juga sendiri dan hisabnya nanti pun sendiri. mungkinkah kerana sayang atau kerana mulut orang. sering kukatakan banyak hati yang perlu ditatang, walau cuma sedikit yang betul faham.
fahamkah mereka?
bangun pagi dan tidur malam seolah berbantalkan balak
nafasku selalu keluarnya keluhan tanpa aku sendiri sedari
cakapku juga selalu merapu dan otakku sentiasa kosong
kerana kosongnya rasa
bolehkah aku menjadi aku? yang dulunya ceria menyakat orang
bolehkah aku menjadi aku? yang dulunya menceriakan orang
bolehkah aku menjadi aku? yang dulunya disukai orang
bolehkah orang menjadi aku?
yang turut merasa bebannya benak
bolehkah orang menjadi aku?
yang sekian ramai menyayangi namun satupun tidak memahami
bahkan tidak mahu mencuba untuk memahami.
akhirnya jadilah aku yang baru. yang tahunya bertemankan diri sendiri, mohon simpati pada yang tiada hati. moga makbul doaku yang setiap hari, dikuatkan semua hati yang dekat denganku. agar mereka tidak mudah mati hati, kerana hati ku sudah lama mati.titik.
No comments:
Post a Comment