Sunday, May 9, 2010

selamat hari ma!!!

Tiada perkataan yang boleh digunakan untuk mendefinasikan ma. yang kami tahu, kami sayang ma. walau tak selalu diucap, kami sentiasa merindu. bukan cara kita untuk saling mengusap, bukan gaya kita untuk berbual manja. namun masing-masing tahu kami tidak boleh hidup tanpa ma. tiada di antara kami yang betul-betul menemani sunyinya ma. sakitnya ma juga tiada pernah kami jadi yang pertama tahu. kadang terfikir kenapa dihantar kami jauh ke asrama, sedang saat itu paling sangat kami perlukan ma. namun kami sedar, tiada kasih itu menjadi segunung ini kalau kami sentiasa di mata ma. tiada pernah rindu dan sayang ini terluahkan. mungkin kerana mewarisinya dari ma juga. doa kami, agar ma sentiasa faham dan tahu, bahawa ma segala-galanya bagi kami. sayang ma dan ayah melebihi yang ada. hanya Allah yang tahu segala. sejahteralah kalian beratus tahun lagi.

No comments: