Monday, July 23, 2012

sesungguhnya, aku cemburu.

ramadhan tahun ini lain benar rasanya dik
tanpa kamu untuk disakat, saat waktu sahur tiba
tanpa kamu untuk menyibuk, saat berbuka masih lama
tanpa kamu untuk mengingatkan, baju raya masih belum ada

cemburukah aku?
bila kamu diundang
jadi tetamu yang Maha Agung
sedang dosamu masih belum banyak
dan, insyaAllah pahalamu menggunung
sedang di usia seawalmu
sudah kamu menyentuh Kaabah yang mulia
sudah kamu lawati makam Rasulullah
dan berdoa di Raudhah
sudah kamu tahu dimana Safa dan Marwah
dan menunggu ayah di suatu sudut
untuk berkongsi gunting buat bertahallul

cemburukah aku?
kiranya
setiap pagi mendapat kunjungan
kiriman hadiah terus dari ayah dan ma
dan setiap petang ayah mendatangimu
menyatakan betapa dia rindu padamu
dan kau pergi saat semua dosa diampunkan
saat syawal masih diraikan
saat ramadhan baru melabuhkan tirai

ramadhan tahun ini lain benar rasanya
bernafas dalam ketiadaanmu
sakit dan perit bersilih ganti
moga ramadhan ini membahagiakan kamu
kerana ini yang pertama bagimu di sana
moga selamanyalah kamu tenang

ya dik,
aku cemburu.

3 comments:

Anonymous said...

KESAH PENGHINAAN TERHADAP MASJID AL SOLEHIN DAN AHLI KHARIAHNYA DIKULAIJAYA
www.karamsingwali.blogspot.com

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
diah said...

saya suka puisi awak .jalan2 tersangkut di sini.. jum melawat blog saya . wandah nurcahaya blogspot.com..dan boleh tukar pendapat ..