Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Sebenarnya tidak tahu untuk mula di mana. Bila boss (Shikin) minta c.yh memberi sepatah dua kata pada majlis makan2 tempoh hari, lidah jadi kelu. Oleh kerana sudah berjanji mahu mengarang emel untuk semua,maka sewajibnyalah c.yh penuhi.
Semalam adalah hari terakhir c.yh berada di MSU secara rasminya. Syukur juga kerana yang ada semasa mengucapkan selamat tinggal hanyalah bos (Shikin), k.lili n k.mimi; yang kebetulannya (atau sudah Tuhan tentukan =) )3 orang penting yang ada dalam kehidupan seharian pada hari2 terakhir c.yh di MSU. Sejujurnya c.yh tidak pernah berani menghadapi semua orang untuk mengucapkan selamat tinggal. 3 bulan juga memikirkan cara terbaik untuk mengucapkan selamat tinggal pada semua dan yang semestinya ucapan itu tidak akan melukakan siapa2 jua. Ini saja yang dapat diungkapkan (bertitisan airmata dikorbankan untuk penulisan yang tak seberapa ini =p).
Mengimbas kembali hari pertama di CFS, teman2 terawal yg c.yh temui adalah kak siti (PM Siti Khalidah—we miss u a lot), Dr. Azman, En. Saleem n En. Zek. Mungkin orang2 ini juga sudah lupa detik pertemuan pertama kita (hehe), tapi sy tidak. Orang2 yang sangat sy kagumi atas kesungguhan dan kesetiaan mereka pada MSU. Diberi tugas apa sekalipun, pastinya mereka boleh jayakan dengan sempurna. Memang Tuhan telah aturkan agar saya berjumpa orang2 hebat ini terlebih dahulu barangkali.Hari2 seterusnya di CFS menjadi lebih mudah bila c.yh dikelilingi teman2 yang banyak membantu.
Khas untuk Shikin & Azlan-PM yang banyak membimbing ‘from zero to hero’..(hero ke? Hehe). Terima kasih untuk kalian berdua, maaf untuk apa2 yang terkurang. Hamba ini manusia biasa, BOSS! =P
K.is, k.ni, k.mas & k.kam – terima kasih daun keladi untuk kalian. Kalian juga merupakan boss2 yang akan dikenang sampai bila2. Terima kasih atas tunjuk ajar & kesabaran kalian melayan pertanyaan2, permintaan2 & segala jenis ‘per’ lagi.
k.lili-satu2 nya insan yang berkongsi tarikh lahir dulu kini & selamanya..jaga diri ye kak..jgn nkl2 sgt, sy tiada untuk menjaga. harap akak kuat hadapi segala..
k.mimi-maaf akak,sy berpindah ke sebelah tanpa sebarang notis. Bukan lari dari akak, menyiapkan diri mungkin…untuk lebih kuat menghadapi saat2 ini, dan tidaklah kalian di seberang terasa sangat bila sy betul2 tiada di CFS =p. akak pun jaga diri ye..hehe..dgn akak sy x sedih sgt, nnt kita berjiran..insyaAllah..
ros & ayuni-terima kasih kerana menjadi AR yang baik.terima kasih kerana melayan karenah akak yang macam2 ni. Korang antara insan penyabar yang pernah akak jumpa. Stay cool my dear =)
tn nurul, faezah, lela, azwa, ihsan, khairul-selamat berjaya untuk kalian. Kalian adalah pelapis yang sangat berpotensi, jangan lupakan niat asal kalian sewaktu pertama kali menjadi pendidik dulu. Keep up the good works. Maaf juga akak pohon dari kalian, kadang ada bahasa yang tidak sedap didengar terkeluar sepanjang akak menjadi senior kalian. Kalian sudah akak anggap sebagai adik, jangan simpan dalam hati ye..
k.asha, k.hana,k.tikah & k.mazlin-u rock girls!!!hehe…terima kasih kerana menjadikan hari2 saya sentiasa ceria dan mengujakan. Akak2 semua memang menggembirakan, jujur dalam bersahabat dan ikhlas menjadi pendidik. Banyak lagi yang sy boleh timba dr akak2 semua, moga kita dapat berhubungan lagi…bila2 pun.
Hanafia, en. Zek & en. Saleem-terima kasih kerana selalu menjadi pendengar sy, juga jiran yang baik. Sampai sekarang sy masih tertanya bagaimana agaknya CFS tanpa kalian bertiga, jadinya jangan antara kalian yang putus harapan..
Simy & Afiq-dua orang yang sekejap ada sekejap tiada dalam diari kehidupan d CFS.. =)..terima kasih untuk kalian, walaupun tidak banyak kenangan bersama,nama kalian ada tempat khas di hati =)
Ust. Su, Ust. Herz & Ust. Syed-3 ustaz terhebat di CFS. terima kasih banyak2 ust, atas segala pertolongan dan nasihat..maaf juga andai sepanjang sy berkata2, ada yang mengguris rasa.semuanya sekadar gurauan ust..
Pu-g, Kim, Ina, Yana, Sri, Diana, Addie, Ustzh Yati, Aida, Rosnah, Nadhrah-Maaf atas segalanya, tidak lama mengenali kalian tidak bermakna tidak mengingati kalian. Teruskan berusaha, kalian merupakan insan pilihan untuk berkhidmat di CFS. Berikan yang terbaik kerana kalian dipilih kerana kalian yang terbaik. Klu jumpa kat mana2 tu, tegur2 lah ye… =)
Last but not least
Cik Indang-terima kasih banyak2 atas segala tunjuk ajar. Maaf sebanyak2nya juga kerana mengecewakan akak..mungkin yang akan datang adalah jauh lebih baik dari yang sudah pergi..sy mendoakan kejayaan MSU,kejayaan CFS dan kejayaan orang2 hebat di CFS..moga kita bertemu lagi..
Maaf kalau ada yang tertinggal..rasa2nya semua sudah dimasukkan..
Teman-teman, terima kasih kerana menjadikan hari c.yh di CFS sesuatu yang menyeronokkan. C.yh mungkin tidak berkesempatan untuk berjumpa dengan orang2 sehebat kalian lagi. Doakan kejayaan kita bersama, panjang umur kita jumpa lagi. Selamat maju jaya. Have a nice day!!
‘Don’t let the perfect be enemy of the good!!’
Fathiah Abdullah (L418)
25.6.2007-24.2.2010
2 comments:
Post a Comment