Wednesday, October 22, 2008

baik-baik saja

salam adik-adik yang sentiasa dlm ingatan.apa khabar?k.yh sihat2 sj-alhamdulillah atas nikmat Allah yang tak terhingga-menggunung tinggi dosa,namun masih dikasihi.moga lah,nah,din,ki,jah,paih,yu dan cang (dan juga moksu) juga begitu-tak dilupa buat ahli baru keluarga kita-fadhil.ari ni,genaplah 2 bulan k.yh ditimpa ujian Tuhan.baru sangat lagi k.yh rasa-masih segar di ingatan kerut risau ma dan ayah bila mana k.yh disorong katil hospital.masih segar juga kelihatan titis air mata ma dan ayah di pagi jumaat itu.sangka k.yh (dan semua barangkali),tidak mungkin dapat berjalan seperti dulu.syukur yang tak terucap pada Tuhan yang tak pernah lupa-terima kasih yang teramat pada ma dan ayah-kerana banyak berkorban sepanjang tempoh itu.sebulan k.yh di rumah,tidur malam ditemani ma,bangun pagi dikejutkan ma,makan pakai diurus ma-hutang dulu masih belum berbalas-mana mungkin k.yh terbayar akan hutang yang ini.juga buat ayah-yang tak jemu-jemu mencari penawar buat sendi yang retak.beribu dihabiskan semata-mata mahu melihat k.yh berjalan semula.di saat k.yh hampir putus asa-ayah menguatkan-semangat yang mungkin tiada pada orang lain.pinjamkan semangat itu ayah-buat bekal k.yh dan adik-adik bila mana ayah ma memerlukan suatu hari nanti.ingatkan kami Tuhan-jangan hadirkan putus asa dan lemah semangat dalam diari hidup kami-kuatkan kami sepertimana kuatnya kedua ibubapa kami.buat adik2 yang mungkin menatap-ingat-mengingatilah kita-moga haluan hidup tidak terpesong dek duniawi-moga ukhuwwah ini tidak longgar dek orang luar-moga hidup kalian baik-baik saja.doa k.yh-moga ujian yang menimpa k.yh adalah himpunan ujian-ujian kecil yang dialihkan Tuhan dari bahu kalian.moga kalian tidak ditimpa dengan sesuatu yang sama sifat dengannya.moga kalian baik-baik saja.selama-lamanya. =)

4 comments:

pemburu syurga said...

salam kak yah
akhirnya update juga
ki di sini baik2 shj
cuma sangat bz skarang
n kat rumah pn xde intenet lg

sama2 kita bertabah~

faith said...

naper ki x aktif berblog skrg?

Nooreena said...

Salam akak. Erina ni. Biarkan hati tersenyum okay. ;)

faith said...

slm erina..kt mn skrg?hehe..mmg sentiasa tersenyum..iA