salam untuk semua.
lama tidak berkongsi rasa.lama terlupa yang aku juga mampu menulis sesuatu.ada sedikit berita gembira untuk dikongsi bersama yang dekat2 saja.minggu lepas dan minggu ini menghadiahkan aku sesuatu yang tidak ternilai ertinya.seingatnya ada dua berita gembira yang sampai di telinga lewat petang khamis yang lalu.
berita 1,sekitar jam 4 petang.aku mendapat makluman yang permohonan ku ke salah sebuah ipta di sekitar selangor telah pun disahkan penerimaannya.sangat2lah mengujakan.cepat2 disampaikan berita ini kepada insan2 yang amat besar ertinya untuk aku.alhamdulillah.
berita 2,sekitar jam 5.30 petang.makluman kedua yang diterima,aku dinaikkan pangkat sebagai program coordinator berkuatkuasa serta-merta.berita ini yang amat mengejutkan turut juga sampai kepada mereka2 yang dekat denganku.istikharah kata ayah walau sebenarnya ku tahu benar apa mahunya.adik dan sahabat yang paling dekat cuma tersenyum, 'bodoh betul kalau jawapan sesenang ini perlu difikirpanjangkan'...haih...ada benarnya mereka..tapi senangkah aku menolak salah satu?
tiba2 saja terasa diri ini ada maknanya hidup didunia.adanya aku disedari,hilangnya nanti harapnya ada yang menangisi.berita yang nombor 1 disampaikan kepada teman2 sepejabat kerana yang ke2 itu rasanya tidak perlu dimaklumkan,mereka lebih tahu.reaksi spontan--ada titisan jernih dari mata2 yang kukira selama ini tidak pun sedar yang aku disini.tidak terfikirkan olehku bahawa berita yang nombor 1 tadi bakal mengundang sedih orang,dek kerana hanyut gembiranya aku.kejam gila aku---sedang aku bergembira sendiri,ada yang lain menangisi.
rupanya pandangan mereka lebih jauh menerobos mata hati...sepatutnya aku malu,kita sama2 punya rasa.maafkan aku teman,kerana rasa sendiri,aku terlupa akan rasa kalian.
ingat juga teman, jika sayangkan dia,biarkan dia bahagia,kerana bahagianya dia, terlebih bahagialah kamu...
2 comments:
alhamdulillah kak yah, rezeki yg tersangka2 tu..betapa allah terlalu dekat dgn kita semua=)
begitulah ki..kadang bila rasa sendiri,Allah pasti memberi..
Post a Comment