Sunday, June 20, 2010
selamat hari ayah
untuk ayah yang sentiasa cuba menjadi yang terbaik di mata kami (yang sentiasa mencari ilmu agama, dan tidak putus2 memperbaiki diri)
untuk ayah yang payah benar meninggikan suara (sudah tidak ingat riak ayah bila marah)
untuk ayah yang tidak pernah meminta lebih
untuk ayah yang sangat suka menolong orang (walau jarang sangat ayah dihargai)
untuk ayah yang sangat kuat bekerja (meski ada penolong kanan dan tukang kebun)
untuk ayah yang daripadanyalah segala kekuatan ini datang
selamat hari ayah - meski setiap hari adalah untuk ayah -
...harapnya ayah bahagia memiliki kami
seperti kami tersangat bahagia kerana ayah milik kami
walau pinjaman cuma
Tuesday, June 15, 2010
Joget bujang di rantau
Tidur tak lena makan tak lalu
Ketika dirimu di rantauan
Jagalah tingkah laku
Tupai melompat didahan tinggi
Air yang jernih nampaklah bayang
Haruslah kau pandai ambil hati
Dirimu kan disayang
Oranglah bujang kalau di rantau
Jangan suka menyombong bangga diri
Kalau memburu si anak rusa
Janganlah sampai ke hujung tanjung
Buatlah baik taburkan jasa
Namamu kan disanjung
p/s: untuk semua bujang2 di rantau
Sunday, May 9, 2010
selamat hari ma!!!
Tiada perkataan yang boleh digunakan untuk mendefinasikan ma. yang kami tahu, kami sayang ma. walau tak selalu diucap, kami sentiasa merindu. bukan cara kita untuk saling mengusap, bukan gaya kita untuk berbual manja. namun masing-masing tahu kami tidak boleh hidup tanpa ma. tiada di antara kami yang betul-betul menemani sunyinya ma. sakitnya ma juga tiada pernah kami jadi yang pertama tahu. kadang terfikir kenapa dihantar kami jauh ke asrama, sedang saat itu paling sangat kami perlukan ma. namun kami sedar, tiada kasih itu menjadi segunung ini kalau kami sentiasa di mata ma. tiada pernah rindu dan sayang ini terluahkan. mungkin kerana mewarisinya dari ma juga. doa kami, agar ma sentiasa faham dan tahu, bahawa ma segala-galanya bagi kami. sayang ma dan ayah melebihi yang ada. hanya Allah yang tahu segala. sejahteralah kalian beratus tahun lagi.
Wednesday, April 28, 2010
kerana kamulah kekuatan
yang Tuhan kirimkan
kamu berhak untuk terbang
kalau carik sayapmu
berlarilah sekencangnya
kalau patah kakimu
berjalanlah sedayanya
kalau senget tongkatmu
merangkaklah semahunya
kalau pecah lututmu
menyulurlah seadanya
kerana kamu masih punya akal dan hati
punya santun dan budi
punya Ilahi
kerana kamulah kekuatan
Friday, April 9, 2010
=)
fuhhhhh...lama sungguh tidak menulis.sebenarnya memang tiada niat langsung mahu menulis.kerana tiada yang sangat2 menarik untuk dikongsi.tapi memandangkan hidup yang agak sunyi minggu ini (housemate & ofismate masing2 menghilangkan diri).maka apa kata kita merapu sepatah dua kata.
mulai 1 mac aku memulakan kerja di tempat baru.sampailah ke hari ini aku masih belum memulakan apa2 kuliah.kata pn mimi (penyelaras sains), kelas hanya akan bermula 3 mei.lama lagi tu dan masa yang lama tu sedikit sebanyak telah menumpulkan skil ku yang kononnya amat tajam ini =)
lama tidak membebel pada student menjadikan aku kelu hilang ceria.mungkin disebabkan simpanan pahala yang tidak bertambah2, menjadikan aku sangat tidak bermotivasi dan sendiri merasakan diri sangat membosankan.ditambah lagi bila moksu ke dhaka lagilah kelam kabut hidup. (baru k.yah merasa peritnya hidup ki--berseorangan di tempat orang, yg mungkin masih belum dapat menandingi kesunyian ki masa mula2 di london dulu..maaf kalau setakat ini, k.yh hanya mampu berkata).
terfikir sendiri apa akan jadi kalau tiba2 kereta2 ku [ =) ] meragam. siapa yang nak dipanggil? haha..satu soalan yang pasti dijawab mudah oleh ma, 'tulah sebabnya orang suruh kahwin'..hehe..baik ma.usaha akan digiatkan tahun ni.sabar ya..
untuk minggu ni, selain dari moksu yang dengan terpaksanya menerima arahan last minute untuk ke dhaka, kedua2 ofismate juga tiada.seorang menghabiskan cuti tahunan dan yang seorang lagi menghabiskan m.c, kena denggi.jadinya di rumah seorang, di ofis juga seorang. nasib baik lah aku kena juga mengisi minyak, membayar tol, membeli lauk mentah (rajin pula memasak bila dok sorang2 ni), membeli suratkhabar, mengservis kereta2ku, dan menapau makan tengahari, dapat juga aku bercakap dengan makhluk Tuhan bernama manusia.kalau tidak rasa2nya perlu aku belajar bercakap dan belajar mendengar untuk kembali berkomunikasi dengan orang2 di sekeliling.
cepat2 lah kembali ke k.l semuanya.
p/s: cuba2 dengarkan satu lagu yang korusnya berbunyi 'when i get older i will be stronger'. d chorus suits us =). dinyanyikan oleh rakyat somalia (K'naan) dan liriknya sgt2 menyentuh hati. moga kita terasa...d title of d song is Wavin' Flag. moga Somalia setenang Malaysia..