Monday, June 18, 2012

yang bukan-bukan

Saya hilang arah bila tiada kelas, tiada pelajar, tiada ilmu boleh dikongsi. Risau kalau saya punya penyakit hati, tidak menginginkan yang terbaik untuk orang2 sekeliling, menaruh syak yang bukan2 - hasil umpanan si syaitan durjana. Saya tahu ini simptom bila cuti semester, saya hilang punca. Cepat-cepatlah semester bermula, saya mahu jadi normal kembali. Mahu sama2 membongkar ilmu Allah bersama orang2 yang tahu menghargai. Mahu dinaungi malaikat bila ‘majlis ilmu’ saya bermula. Mahu kehadiran saya dirasai. Mahu berhenti memikirkan yang bukan-bukan kerana saya tidak punya banyak masa. Kita tidak punya banyak masa.

No comments: