Thursday, January 29, 2009

bangau oh bangau

Bangau oh bangau,
kenapa engkau kurus?
Macam-mana aku tak kurus,
ikan tak mahu timbul.

Ikan oh ikan,
kenapa engkau tak timbul?
Macam-mana aku nak timbul,
rumput panjang sangat.

Rumput oh rumput,
kenapa engkau panjang?
Macam-mana aku tak panjang,
kerbau tak makan aku.

Kerbau oh kerbau,
kenapa tak makan rumput?
Macam-mana aku nak makan,
perut aku sakit.

Perut oh perut,
kenapa engkau sakit?
Macam-mana aku tak sakit,
makan nasi mentah.

Nasi oh nasi,
kenapa engkau mentah?
Macam-mana aku tak mentah,
api tak mahu menyala.

Api oh api,
kenapa engkau tak mahu menyala?
Macam-mana aku nak menyala,
kayu api basah.

Kayu oh kayu,
kenapa engkau basah?
Macam-mana aku tak basah,
hujan timpa aku.

Hujan oh hujan,
kenapa timpa kayu?
Macam-mana aku tak timpa,
katak panggil aku.

Katak oh katak,
kenapa panggil hujan?
Macam-mana aku tak panggil,
ular nak makan aku.

Ular oh ular,
kenapa nak makan katak?
Macam-mana aku tak makan,
memang makanan aku.

Memang makanan aku......

-mahu aku menjadi seperti ular..
tidak diletakkan salah pada yang bukan hak
tidak dinafikan rasa pada yang hak
tidak itu dan tidak ini
..kalaulah bisa sentiasa begitu, duhai akal dan hati...-

No comments: