Wednesday, December 26, 2012
Teguhlah bersamaku
Selalu sangat bergantung pada manusia, maka bila dikecewakan remuk redamlah hati. Selalunya juga tahu bahawa hanya Yang Satu yang mampu menolong, selalu itu jugalah manusia juga yang dicari. Mungkin didasarnya masih belum kuat iman, masih belum teguh percaya dan masih ragu pada Yang Mencipta. Sama-samalah berdoa moga dikurniakan hati yang suci, yang di dalamnya tiada sedikit pun ragu, yang di dalamnya ada teguh percaya. Aku merayu Mu, jangan palingkan rahmat Mu dari ku...
Monday, November 5, 2012
ma lupa
ma tengok ayah sibuk, spm bermula esok
ma tahu ma ada anak yang nak spm juga
ma bangun pagi2 untuk solat hajat untuk anak ma
ma lupa rupanya, anak yg itu sudah tidak perlu spm
anak itu sudah lepas segala ujian dunia
ma juga manusia

Sunday, October 14, 2012
merpati putih
Seusia malam ku menantimu
Dihembus embun aku tersipu
Mungkinkah kau lupa temujanji kita
Kau gembira bersama teman-temanmu
Berlari-lari ku mencarimu
Selembut salju musim berlalu
Mengapa berubah sekelip mata
Hatiku gundah tiada terhingga
Kau umpama merpati putih
Patah sayapnya di udara
Kau umpama merpati putih
Patah sayapnya di udara
Merbahaya
Merpati putih - OAG
Dihembus embun aku tersipu
Mungkinkah kau lupa temujanji kita
Kau gembira bersama teman-temanmu
Berlari-lari ku mencarimu
Selembut salju musim berlalu
Mengapa berubah sekelip mata
Hatiku gundah tiada terhingga
Kau umpama merpati putih
Patah sayapnya di udara
Kau umpama merpati putih
Patah sayapnya di udara
Merbahaya
Merpati putih - OAG
Jauh
Andai dekat dia aku jauh dariMu
Jauhkanlah dia agar aku dekatMu
...dan jadikanlah redha dalam hatiku
Jauhkanlah dia agar aku dekatMu
...dan jadikanlah redha dalam hatiku
Thursday, October 11, 2012
rindu sampai mati
rindu pada yang ada
boleh juga berkirim salam
rindu pada yang tiada
sesak dada sampai ke mati
boleh juga berkirim salam
rindu pada yang tiada
sesak dada sampai ke mati
Monday, July 23, 2012
sesungguhnya, aku cemburu.
ramadhan tahun ini lain benar rasanya dik
tanpa kamu untuk disakat, saat waktu sahur tiba
tanpa kamu untuk menyibuk, saat berbuka masih lama
tanpa kamu untuk mengingatkan, baju raya masih belum ada
cemburukah aku?
bila kamu diundang
jadi tetamu yang Maha Agung
sedang dosamu masih belum banyak
dan, insyaAllah pahalamu menggunung
sedang di usia seawalmu
sudah kamu menyentuh Kaabah yang mulia
sudah kamu lawati makam Rasulullah
dan berdoa di Raudhah
sudah kamu tahu dimana Safa dan Marwah
dan menunggu ayah di suatu sudut
untuk berkongsi gunting buat bertahallul
cemburukah aku?
kiranya
setiap pagi mendapat kunjungan
kiriman hadiah terus dari ayah dan ma
dan setiap petang ayah mendatangimu
menyatakan betapa dia rindu padamu
dan kau pergi saat semua dosa diampunkan
saat syawal masih diraikan
saat ramadhan baru melabuhkan tirai
ramadhan tahun ini lain benar rasanya
bernafas dalam ketiadaanmu
sakit dan perit bersilih ganti
moga ramadhan ini membahagiakan kamu
kerana ini yang pertama bagimu di sana
moga selamanyalah kamu tenang
ya dik,
aku cemburu.

Thursday, July 5, 2012
warkah terakhir..mengenang MSU
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Sebenarnya tidak tahu untuk mula di mana. Bila boss (Shikin) minta c.yh memberi sepatah dua kata pada majlis makan2 tempoh hari, lidah jadi kelu. Oleh kerana sudah berjanji mahu mengarang emel untuk semua,maka sewajibnyalah c.yh penuhi.
Semalam adalah hari terakhir c.yh berada di MSU secara rasminya. Syukur juga kerana yang ada semasa mengucapkan selamat tinggal hanyalah bos (Shikin), k.lili n k.mimi; yang kebetulannya (atau sudah Tuhan tentukan =) )3 orang penting yang ada dalam kehidupan seharian pada hari2 terakhir c.yh di MSU. Sejujurnya c.yh tidak pernah berani menghadapi semua orang untuk mengucapkan selamat tinggal. 3 bulan juga memikirkan cara terbaik untuk mengucapkan selamat tinggal pada semua dan yang semestinya ucapan itu tidak akan melukakan siapa2 jua. Ini saja yang dapat diungkapkan (bertitisan airmata dikorbankan untuk penulisan yang tak seberapa ini =p).
Mengimbas kembali hari pertama di CFS, teman2 terawal yg c.yh temui adalah kak siti (PM Siti Khalidah—we miss u a lot), Dr. Azman, En. Saleem n En. Zek. Mungkin orang2 ini juga sudah lupa detik pertemuan pertama kita (hehe), tapi sy tidak. Orang2 yang sangat sy kagumi atas kesungguhan dan kesetiaan mereka pada MSU. Diberi tugas apa sekalipun, pastinya mereka boleh jayakan dengan sempurna. Memang Tuhan telah aturkan agar saya berjumpa orang2 hebat ini terlebih dahulu barangkali.Hari2 seterusnya di CFS menjadi lebih mudah bila c.yh dikelilingi teman2 yang banyak membantu.
Khas untuk Shikin & Azlan-PM yang banyak membimbing ‘from zero to hero’..(hero ke? Hehe). Terima kasih untuk kalian berdua, maaf untuk apa2 yang terkurang. Hamba ini manusia biasa, BOSS! =P
K.is, k.ni, k.mas & k.kam – terima kasih daun keladi untuk kalian. Kalian juga merupakan boss2 yang akan dikenang sampai bila2. Terima kasih atas tunjuk ajar & kesabaran kalian melayan pertanyaan2, permintaan2 & segala jenis ‘per’ lagi.
k.lili-satu2 nya insan yang berkongsi tarikh lahir dulu kini & selamanya..jaga diri ye kak..jgn nkl2 sgt, sy tiada untuk menjaga. harap akak kuat hadapi segala..
k.mimi-maaf akak,sy berpindah ke sebelah tanpa sebarang notis. Bukan lari dari akak, menyiapkan diri mungkin…untuk lebih kuat menghadapi saat2 ini, dan tidaklah kalian di seberang terasa sangat bila sy betul2 tiada di CFS =p. akak pun jaga diri ye..hehe..dgn akak sy x sedih sgt, nnt kita berjiran..insyaAllah..
ros & ayuni-terima kasih kerana menjadi AR yang baik.terima kasih kerana melayan karenah akak yang macam2 ni. Korang antara insan penyabar yang pernah akak jumpa. Stay cool my dear =)
tn nurul, faezah, lela, azwa, ihsan, khairul-selamat berjaya untuk kalian. Kalian adalah pelapis yang sangat berpotensi, jangan lupakan niat asal kalian sewaktu pertama kali menjadi pendidik dulu. Keep up the good works. Maaf juga akak pohon dari kalian, kadang ada bahasa yang tidak sedap didengar terkeluar sepanjang akak menjadi senior kalian. Kalian sudah akak anggap sebagai adik, jangan simpan dalam hati ye..
k.asha, k.hana,k.tikah & k.mazlin-u rock girls!!!hehe…terima kasih kerana menjadikan hari2 saya sentiasa ceria dan mengujakan. Akak2 semua memang menggembirakan, jujur dalam bersahabat dan ikhlas menjadi pendidik. Banyak lagi yang sy boleh timba dr akak2 semua, moga kita dapat berhubungan lagi…bila2 pun.
Hanafia, en. Zek & en. Saleem-terima kasih kerana selalu menjadi pendengar sy, juga jiran yang baik. Sampai sekarang sy masih tertanya bagaimana agaknya CFS tanpa kalian bertiga, jadinya jangan antara kalian yang putus harapan..
Simy & Afiq-dua orang yang sekejap ada sekejap tiada dalam diari kehidupan d CFS.. =)..terima kasih untuk kalian, walaupun tidak banyak kenangan bersama,nama kalian ada tempat khas di hati =)
Ust. Su, Ust. Herz & Ust. Syed-3 ustaz terhebat di CFS. terima kasih banyak2 ust, atas segala pertolongan dan nasihat..maaf juga andai sepanjang sy berkata2, ada yang mengguris rasa.semuanya sekadar gurauan ust..
Pu-g, Kim, Ina, Yana, Sri, Diana, Addie, Ustzh Yati, Aida, Rosnah, Nadhrah-Maaf atas segalanya, tidak lama mengenali kalian tidak bermakna tidak mengingati kalian. Teruskan berusaha, kalian merupakan insan pilihan untuk berkhidmat di CFS. Berikan yang terbaik kerana kalian dipilih kerana kalian yang terbaik. Klu jumpa kat mana2 tu, tegur2 lah ye… =)
Last but not least
Cik Indang-terima kasih banyak2 atas segala tunjuk ajar. Maaf sebanyak2nya juga kerana mengecewakan akak..mungkin yang akan datang adalah jauh lebih baik dari yang sudah pergi..sy mendoakan kejayaan MSU,kejayaan CFS dan kejayaan orang2 hebat di CFS..moga kita bertemu lagi..
Maaf kalau ada yang tertinggal..rasa2nya semua sudah dimasukkan..
Teman-teman, terima kasih kerana menjadikan hari c.yh di CFS sesuatu yang menyeronokkan. C.yh mungkin tidak berkesempatan untuk berjumpa dengan orang2 sehebat kalian lagi. Doakan kejayaan kita bersama, panjang umur kita jumpa lagi. Selamat maju jaya. Have a nice day!!
‘Don’t let the perfect be enemy of the good!!’
Fathiah Abdullah (L418)
25.6.2007-24.2.2010

Friday, June 22, 2012
Syukur Alhamdulillah
Dan (tiap-tiap) makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, iaitu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah) dan (dengan yang demikian) sesiapa yang menghendaki balasan dunia, kami berikan bahagiannya dari balasan dunia itu dan sesiapa yang menghendaki balasan akhirat, kami berikan bahagiannya dari balasan akhirat itu dan Kami pula akan beri balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur.
Ali-Imran, ayat 145.
Payah benar mempraktikkan syukur, bila di mulut selalu menyebut yang tiada2.
Yang berkehendakkan dunia, dunialah dapatnya.

Thursday, June 21, 2012
Ali-Imran dan sains..
Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya. (27)
Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul). (137)
Oleh itu jika mereka mendustakanmu (wahai Muhammad, maka janganlah engkau berdukacita), kerana sesungguhnya Rasul-rasul yang terdahulu daripadamu telah didustakan juga; mereka telah membawa keterangan-keterangan (mukjizat) yang nyata dan Kitab-kitab (nasihat pengajaran), serta Kitab (Syariat) yang terang jelas. (184)
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (190)

Wednesday, June 20, 2012
1 2 3 4
Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu
Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih
Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa
Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu
Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih
Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa
Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan
Ubat hati
'Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.'
Al-Anfal ayat 2
Tanda2 penyakit hati
1) Malas melakukan ketaatan dan amal kebaikan
2) Tidak tersentuh ayat Al-Quran (membaca atau mendengarnya tidak memberi kesan apa2)
3) Tidak tersentuh dengan perkara yang terjadi
4) Berlebihan mencintai dunia serta melupakan akhirat
5) Berkawan dengan orang yang melakukan maksiat
6) Kemaksiatan yang berterusan
7) Meremehkan dosa kecil
8) Tidak peduli sumber makanan
Tips merawat penyakit hati
1) Tidak banyak bercakap
2) Jaga emosi dan nafsu
3) Selalu mengingati Allah
4) Jangan bergaul dengan orang yang ada penyakit hati
Dalam satu nasyid dendangan Opick, ubat hati ada 5 perkara
1) Baca Quran dan maknanya
2) Dirikan solat malam
3) Berkumpul dengan orang2 soleh
4) Selalulah berpuasa
5) Perbanyakkan zikir di malam hari
Peringatan ini adalah untuk diri sendiri, yang selalu lupa dan melupakan. Moga Allah menilai setiap usaha dan moga kita sama2 tidak penat menasihati. Sedangkan Nabi Nuh berjuang selama 900 tahun lebih, siapalah kita untuk berasa penat?

Tuesday, June 19, 2012
...
There’s no need to miss someone from your past. There’s a reason they didn’t make it to your future – Unknown
Just let it go..
Al-Baqarah dan sains...
Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya) dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).
Al-Baqarah, ayat 22.
Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.
Al-Baqarah, ayat 74.
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan (pada) pertukaran malam dan siang dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.
Al-Baqarah, ayat 164.
Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.
Al-Baqarah, ayat 222.
Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan? Ketika Nabi Ibrahim berkata: Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan. Dia menjawab: Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan. Nabi Ibrahim berkata lagi: Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah ia dari barat? Maka tercenganglah orang yang kafir itu (lalu diam membisu). Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim.
Al-Baqarah, ayat 258.
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
Al-Baqarah, ayat 261.
......pencarian seorang cikgu bio dr surah Al-Baqarah

A best lesson in psychology
When a person laughs too much even in stupid things, be sure that person is sad deep inside
When a person sleeps a lot, be sure that person is lonely
When a person talks less, and if he talks fast then it means that person keeps secret
When someone can't cry then that person is weak
When someone eats in abnormal way then that person is in tension
When someone cry on little things then it means he is innocent and soft hearten
When someone gets angry on silly and small things it means he is in love
Try to see all of these in real life, you will find them all.
---taken from someone's fb

Monday, June 18, 2012
yang bukan-bukan
Saya hilang arah bila tiada kelas, tiada pelajar, tiada ilmu boleh dikongsi. Risau kalau saya punya penyakit hati, tidak menginginkan yang terbaik untuk orang2 sekeliling, menaruh syak yang bukan2 - hasil umpanan si syaitan durjana. Saya tahu ini simptom bila cuti semester, saya hilang punca. Cepat-cepatlah semester bermula, saya mahu jadi normal kembali. Mahu sama2 membongkar ilmu Allah bersama orang2 yang tahu menghargai. Mahu dinaungi malaikat bila ‘majlis ilmu’ saya bermula. Mahu kehadiran saya dirasai. Mahu berhenti memikirkan yang bukan-bukan kerana saya tidak punya banyak masa. Kita tidak punya banyak masa.
Tuesday, June 12, 2012
berita kepada kawan
Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan
Sayang, engkau tak duduk di sampingku kawan
Banyak cerita yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering berbatuan
Tubuh ku terguncang di hempas batu jalanan
Hati tergetar menampak kering rerumputan
Perjalan ini pun seperti jadi saksi
Gembala kecil menangis sedih
Kawan coba dengar apa jawabnya
Ketika ia ku tanya "Mengapa?"
Bapak ibunya telah lama mati
Ditelan bencana tanah ini
Sesampainya di laut ku khabarkan semuanya
Kepada karang, kepada ombak, kepada matahari
Tetapi semua diam, tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri terpaku menatap langit
Barangkali di sana ada jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana
Mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada rumput yang bergoyang
p/s: untuk sahabat nan satu, Fadz Mohamad. takut2 terlupa .maklumlah usia makin meningkat, lagu ini lagu lama, yang diperbaharui dengarnya di Monrods Cafe, Laman Seri Business Park, Seksyen 13 Shah Alam. Tarikh sekitar April-Mei 2012. Moga sahabat sentiasa teguh di perjalanan, kerana yang kita tuju adalah sama, cuma caranya mungkin berbeza. Sayang sahabat hingga akhir nyawa, hingga mahunya malaikat dikiri kanan menulis catatan yang sama. Oh, mana mungkin. Tapi ku yakin sahabat, insyaAllah kita berjumpa di tempat yang sama, kerana kita sama punya hati yang sucinya Allah saja yang mengerti.

lagi
sekali lagi
luka lagi
dan airmata pun jatuh lagi
penatku ini
tidakkah mengerti
kalaulah matamu punya hati
lagi-lagi begini
bukan saja yang ini
yang lagi-lagi?
bukan mereka juga punya hati?
main api
yang terbakar nanti
bukan sekadar sendiri
tapi yang lagi-lagi
air mata ini
mungkin untuk yang ini
mungkin juga untuk yang lagi-lagi
mereka, dan yang ini
serius tiada fahami
kenapa harus begini
luka lagi
dan airmata pun jatuh lagi
penatku ini
tidakkah mengerti
kalaulah matamu punya hati
lagi-lagi begini
bukan saja yang ini
yang lagi-lagi?
bukan mereka juga punya hati?
main api
yang terbakar nanti
bukan sekadar sendiri
tapi yang lagi-lagi
air mata ini
mungkin untuk yang ini
mungkin juga untuk yang lagi-lagi
mereka, dan yang ini
serius tiada fahami
kenapa harus begini
Thursday, May 24, 2012
..dalam tidur dan jaga..
Kamu sangat2 dirindui dalam tidur dan jaga. Kenangan umrah 2011 kita bawa ke mati. Kelak bila berjumpa kembali jangan lupa berkongsi. Selamat tidur duhai adik.
Thursday, April 26, 2012
kerana merinduimu adik, maka aku kembali menulis
apa khabar kamu disana?sedang tidur atau bagaimana?mahukah kamu tahu bagaimana kami disini?sudah terlalu banyak yang berubah sejak hari terakhir kamu meninggalkan kami.syukurlah kerana disaat akhir kamu,semuanya sempurna dimatamu.
apa ceritamu sekarang?mahu sangat mendengar suaramu, mendengar ketawamu, mendengar keluh kesahmu.aku yakin kamu sedang tersenyum bahagia.sedang menghitung waktu bila boleh bersua kembali.sungguh aku rindu padamu.
Oh Allah,dia yang paling istimewa disisiMu.maka itu dia diambil dahulu.andai ada salahnya,ampunkan dia.andai khilaf bicaranya,ampunkan dia.selalu saja kami merinduinya,kirimkanlah secebis mimpi buat pengubat hati luka.selalu saja namanya disebut,amankan dia.selalu saja sampai doa kami padanya,tinggikan kedudukannya.kurniakanlah dia dengan kehidupan yang lebih baik daripada apa yang diperolehnya di sini.tempatkan dia di kalangan penghuni langit.kuatkan kami ya Allah.selalu saja lemas dalam kerinduan.alihkan rindu ini ya Allah...
Subscribe to:
Posts (Atom)