Saturday, December 27, 2008

segala

selalu saja katanya
ada aku, dia hilang segala
pada aku
ada dia, aku ada segala
maka itu
aku pulangkan segala milikku
agar dia pula merasa
tanpa aku, dia ada segala

Friday, December 26, 2008

rindu bonda

terima kasih bonda
kerana doamu
akhirnya
aku terjaga juga

rindu bonda

tesis oh tesis

sepatutnya,masa yang aku guna untuk merapu di ruangan ini aku gunakan untuk menyiapkan tesis ku yang berbaki mungkin 1/10 lagi.tapi, dipaksa macam mana sekalipun, otak dan tanganku sudah beku.koma barangkali,memikirkan yang aku sebenarnya hampir mustahil menyiapkannya sebelum esok pagi.sekarang sudah 1.42 pagi.mana mungkin..

alang-alang tidak mungkin,biar jadi mustahil terus.marah pada siapa sepatutnya aku?

pada semua yang bertanyakan tesisku barangkali.semestinya juga pada dua penyelia ku..tidak terfikir kah mereka betapa setahun setengah tesisku diperap,diserahkan dengan segala macam yang tidak kena,kemudiannya perlu dihantar dalam masa 3 minggu.mungkin panjang masa itu buat kalian.ok.cuba ditambah sedikit lagi dengan beban mengajar subjek baru-anatomi-yang mana semua berkenaannya telah aku tinggalkan 6 tahun yang lalu.maknanya ilmu itu perlu diperbaharui setiap kali mahu ke kelas.masih sedikit?ok.tambah sedikit lagi dengan satu subjek kegemaranku-genetik-yang mungkin bebannya tidaklah seteruk yang tadi.masih lagi ok agaknya.tambah sedikit lagi dengan tugas baru-menjadi salah seorang penggubal jadual kelas dan penjaga ketenteraman bilik kuliah atau nama orang putihnya-timetable committee n person in charge for classroom management.masih tidak terlalu banyak.oh ya, jangan lupa beban mengajarku adalah 20 jam seminggu-tidak dicampur lagi dengan sesi bersama mentee dan segala macam miting yang akhir-akhir ini kerap pula berjalan-sepertinya tahu yang aku ada kerja lain untuk dibereskan.satu lagi tertinggal-aku juga satu daripada yang menguruskan orientasi pelajar-pelajar baru-yang ambilannya adalah setiap bulan-agak tidak masuk akal tetapi ianya benar.kerjanya 6 hari seminggu-yang hampir-hampir tidak membenarkanku untuk pulang ke kampung.akhirnya-aku hampir hilang segala.hilang tidur,hilang seri,hilang mesra,hilang cakap,hilang kawan...nasib ku baik kerana masih belum hilang diri,tapi kalau aku mampu menghilangkan diri-akan ku buat.dan seperti biasa,akan kusalahkan orang lain untuk semua kehilangan ini.semuanya berpunca dari tesis-yang pasti sudah ku hantar ikut tarikhnya,tapi siapa yang tidak ikut tarikh memulangkan kembali padaku?siapa yang membuat aku terpaksa membayar beratus-ratus untuk setiap semester?dan mungkin beribu selepas ini (tidak mungkin rayuan pengurangan yuran kali ke 3 diluluskan).aduhai...hilang lagi duitku..apa-apa sajalah,atau kata orang putih-whatever!!!

apa mahu mu

apa mahu mu duhai teman

apa besar sangat salahku
apa berat sangat tuturmu
apa payah benar senyummu
apa hina sangat laku ku
apa jahat benar tingkah ku
apa keji sangat lagak ku
apa miskin sangat kah aku
apa boleh ku buat

kamu sepatutnya lebih kenal aku
lebih tahu burukku
lebih faham rasaku
lebih sabar dariku
lebih kenal jahatku
lebih dalami sakitku
lebih maklum kurangku
lebihnya aku kurangnya aku
lebih segala-galanya

apa mahu mu duhai teman

Tuesday, December 23, 2008

bukan tidak mahu mengalah

satu persatu rakan sepejabatku memilih untuk tidak lagi sepejabat denganku-ertinya memilih jalan keluar ke tempat yang lebih bagus-barangkali.sepanjang berada di sini, tidak kurang dari 15 orang rasanya telah pergi-ralat juga memikirkan betapa sabar juga aku sebenarnya.hari pertama kesini-gembira bukan kepalang.kerana akhirnya laku juga gulungan ijazahku.sangka ku paling lama aku disini pun 6 bulan-hajat di hati mahu ke tempat dimana kehendak yang lebih besar boleh dipenuhi.akhirnya setahun setengah juga-ku gagahkan kaki dan hati-kaki kerana menekan minyak dan brek ke shah alam hampir setiap hari-hati kerana memikirkan ku sudah jatuh hati dengan semua yang ada disini.setiap hari mendengar keluhan sahabat-sahabat,betapa peritnya rutin disini,masih tidak membuat aku kecewa dengan tempat ini.bukan tidak mahu ku kejar wang beribu,bukan aku tidak penat dengan segala segi kerja disini,bukan sekali terbitnya rasa ingin mengalah-tapi entah lah.aku tidak tahu.apa sebenarnya istimewa tempat ini di hati.hidup seolah-olah terbeku disini.jiwa seolah-olah terpasak disini.bukan tidak mahu mengalah,sering saja rasa itu ada.cumanya ikut hati mati,ikut rasa binasa.bertahanlah aku.

Thursday, December 18, 2008

senyumlah


buat semua yang dekat
senyum selalu
bahagiakan yang lain dengan senyummu
kerana aku bahagia dengan senyum kamu
senyumlah
walau dalam sakit dan perit
walau dalam resah dan gundah
walau dalam penat dan lelah
kerana aku kini tersenyum
kerana senyum kamu
=)

Wednesday, December 17, 2008

makan malam di hotel one world







ada apa dengan oren?
yang pasti, ada tenang dalam hijau


Tuesday, December 16, 2008

merinduimu

payah benar rasanya menghirup udara yang tiada bau ayah dan ma, sesak betul dada menahan rindu yang teramat.bukan tidak pernah berpisah selama ini,cuma perpisahan sekejap ini disertakan ujian yang bukan sedikit sakitnya.andai semua bisa memahami sepertimu,andai semua bisa merasa sakitku seperti kamu selalu merasanya,andai semua bisa mengerti betapa beban ini bukan yang biasa-biasa-pasti tidak aku meluah disini.andai semua bisa...
kerana bukan semua bisa-makanya jangan cepat menghukum.pintaku-cukup sekadar berdiri disisi,bukan berlari menjauhi.bukan dipinta untuk sama berkongsi,cukup sekadar mengerti.

Tuesday, December 9, 2008

laskar pelangi

ditujukan khas buat semua yang selalu bersedih--hidup terlalu banyak yang indah untuk dilepaskan--ceria-cerialah =)

mungkin adalah kunci
untuk kita menaklukkan dunia
telah hilang
tanpa lelah sampai engkau
meraihnya

laskar pelangi
takkan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
raih bintang di jiwa

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia

selamanya...

cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau ini kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita

laskar pelangi
takkan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia

selamanya...

sekitar keberangkatan ma+ayah











Khas untuk waqi

Monday, December 8, 2008

susah (Tuhan Lebih Tahu)


susah menjadi manusia
banyak hati perlu dijaga
banyak rasa perlu didera
banyak cakap perlu dilapik
banyak dengar perlu ditapis

tanpa susah, bukan manusia namanya

banyak rasa perlu didera

Saturday, December 6, 2008

mengenang mimi


hanya aku dan moksu yg tahu siapa mimi-dan di sini mahu dicanangkan pada semua bahawa mimi itu nama timangan untuk myvi merah moksu.hahha..kelakar sebenarnya bila meletakkan nama pada makhluk tidak bernyawa seperti mimi.mimi yang banyak jasanya-tidak mungkin bertemu kereta sehebat mimi dan kalau ada sekalipun tidak mungkin dapat mencapai walau 1/10 jasa mimi pada aku.
harapnya akhir disember ini sempurnalah mimi diubati-sakit yg sebabnya datang dari tuannya sendiri.jangan semua tidak tahu,semasa kecelakaan jalanraya tempoh hari,airmata ku mengalir bukan kerana sakit,bukan kerana panik kerana tidak tahu mahu buat apa dan bukan kerana melihat alia dan alin memanggil-manggil uminya---yang ditahan-tahan itu gugur juga sebaik mimi ditolak orang,dibetulkan dari baringnya yang senget.
dekat betul mimi di hati-walau aku bukan tuannya, tapi lagakku melebihi tuannya..heh..cepat2 lah baik, walau x sesempurna dahulu, adanya kamu kutunggu.