Tuesday, December 23, 2008
bukan tidak mahu mengalah
satu persatu rakan sepejabatku memilih untuk tidak lagi sepejabat denganku-ertinya memilih jalan keluar ke tempat yang lebih bagus-barangkali.sepanjang berada di sini, tidak kurang dari 15 orang rasanya telah pergi-ralat juga memikirkan betapa sabar juga aku sebenarnya.hari pertama kesini-gembira bukan kepalang.kerana akhirnya laku juga gulungan ijazahku.sangka ku paling lama aku disini pun 6 bulan-hajat di hati mahu ke tempat dimana kehendak yang lebih besar boleh dipenuhi.akhirnya setahun setengah juga-ku gagahkan kaki dan hati-kaki kerana menekan minyak dan brek ke shah alam hampir setiap hari-hati kerana memikirkan ku sudah jatuh hati dengan semua yang ada disini.setiap hari mendengar keluhan sahabat-sahabat,betapa peritnya rutin disini,masih tidak membuat aku kecewa dengan tempat ini.bukan tidak mahu ku kejar wang beribu,bukan aku tidak penat dengan segala segi kerja disini,bukan sekali terbitnya rasa ingin mengalah-tapi entah lah.aku tidak tahu.apa sebenarnya istimewa tempat ini di hati.hidup seolah-olah terbeku disini.jiwa seolah-olah terpasak disini.bukan tidak mahu mengalah,sering saja rasa itu ada.cumanya ikut hati mati,ikut rasa binasa.bertahanlah aku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment