sepatutnya,masa yang aku guna untuk merapu di ruangan ini aku gunakan untuk menyiapkan tesis ku yang berbaki mungkin 1/10 lagi.tapi, dipaksa macam mana sekalipun, otak dan tanganku sudah beku.koma barangkali,memikirkan yang aku sebenarnya hampir mustahil menyiapkannya sebelum esok pagi.sekarang sudah 1.42 pagi.mana mungkin..
alang-alang tidak mungkin,biar jadi mustahil terus.marah pada siapa sepatutnya aku?
pada semua yang bertanyakan tesisku barangkali.semestinya juga pada dua penyelia ku..tidak terfikir kah mereka betapa setahun setengah tesisku diperap,diserahkan dengan segala macam yang tidak kena,kemudiannya perlu dihantar dalam masa 3 minggu.mungkin panjang masa itu buat kalian.ok.cuba ditambah sedikit lagi dengan beban mengajar subjek baru-anatomi-yang mana semua berkenaannya telah aku tinggalkan 6 tahun yang lalu.maknanya ilmu itu perlu diperbaharui setiap kali mahu ke kelas.masih sedikit?ok.tambah sedikit lagi dengan satu subjek kegemaranku-genetik-yang mungkin bebannya tidaklah seteruk yang tadi.masih lagi ok agaknya.tambah sedikit lagi dengan tugas baru-menjadi salah seorang penggubal jadual kelas dan penjaga ketenteraman bilik kuliah atau nama orang putihnya-timetable committee n person in charge for classroom management.masih tidak terlalu banyak.oh ya, jangan lupa beban mengajarku adalah 20 jam seminggu-tidak dicampur lagi dengan sesi bersama mentee dan segala macam miting yang akhir-akhir ini kerap pula berjalan-sepertinya tahu yang aku ada kerja lain untuk dibereskan.satu lagi tertinggal-aku juga satu daripada yang menguruskan orientasi pelajar-pelajar baru-yang ambilannya adalah setiap bulan-agak tidak masuk akal tetapi ianya benar.kerjanya 6 hari seminggu-yang hampir-hampir tidak membenarkanku untuk pulang ke kampung.akhirnya-aku hampir hilang segala.hilang tidur,hilang seri,hilang mesra,hilang cakap,hilang kawan...nasib ku baik kerana masih belum hilang diri,tapi kalau aku mampu menghilangkan diri-akan ku buat.dan seperti biasa,akan kusalahkan orang lain untuk semua kehilangan ini.semuanya berpunca dari tesis-yang pasti sudah ku hantar ikut tarikhnya,tapi siapa yang tidak ikut tarikh memulangkan kembali padaku?siapa yang membuat aku terpaksa membayar beratus-ratus untuk setiap semester?dan mungkin beribu selepas ini (tidak mungkin rayuan pengurangan yuran kali ke 3 diluluskan).aduhai...hilang lagi duitku..apa-apa sajalah,atau kata orang putih-whatever!!!
No comments:
Post a Comment