apa mahu mu duhai teman
apa besar sangat salahku
apa berat sangat tuturmu
apa payah benar senyummu
apa hina sangat laku ku
apa jahat benar tingkah ku
apa keji sangat lagak ku
apa miskin sangat kah aku
apa boleh ku buat
kamu sepatutnya lebih kenal aku
lebih tahu burukku
lebih faham rasaku
lebih sabar dariku
lebih kenal jahatku
lebih dalami sakitku
lebih maklum kurangku
lebihnya aku kurangnya aku
lebih segala-galanya
apa mahu mu duhai teman
No comments:
Post a Comment