Saturday, December 27, 2008

segala

selalu saja katanya
ada aku, dia hilang segala
pada aku
ada dia, aku ada segala
maka itu
aku pulangkan segala milikku
agar dia pula merasa
tanpa aku, dia ada segala

Friday, December 26, 2008

rindu bonda

terima kasih bonda
kerana doamu
akhirnya
aku terjaga juga

rindu bonda

tesis oh tesis

sepatutnya,masa yang aku guna untuk merapu di ruangan ini aku gunakan untuk menyiapkan tesis ku yang berbaki mungkin 1/10 lagi.tapi, dipaksa macam mana sekalipun, otak dan tanganku sudah beku.koma barangkali,memikirkan yang aku sebenarnya hampir mustahil menyiapkannya sebelum esok pagi.sekarang sudah 1.42 pagi.mana mungkin..

alang-alang tidak mungkin,biar jadi mustahil terus.marah pada siapa sepatutnya aku?

pada semua yang bertanyakan tesisku barangkali.semestinya juga pada dua penyelia ku..tidak terfikir kah mereka betapa setahun setengah tesisku diperap,diserahkan dengan segala macam yang tidak kena,kemudiannya perlu dihantar dalam masa 3 minggu.mungkin panjang masa itu buat kalian.ok.cuba ditambah sedikit lagi dengan beban mengajar subjek baru-anatomi-yang mana semua berkenaannya telah aku tinggalkan 6 tahun yang lalu.maknanya ilmu itu perlu diperbaharui setiap kali mahu ke kelas.masih sedikit?ok.tambah sedikit lagi dengan satu subjek kegemaranku-genetik-yang mungkin bebannya tidaklah seteruk yang tadi.masih lagi ok agaknya.tambah sedikit lagi dengan tugas baru-menjadi salah seorang penggubal jadual kelas dan penjaga ketenteraman bilik kuliah atau nama orang putihnya-timetable committee n person in charge for classroom management.masih tidak terlalu banyak.oh ya, jangan lupa beban mengajarku adalah 20 jam seminggu-tidak dicampur lagi dengan sesi bersama mentee dan segala macam miting yang akhir-akhir ini kerap pula berjalan-sepertinya tahu yang aku ada kerja lain untuk dibereskan.satu lagi tertinggal-aku juga satu daripada yang menguruskan orientasi pelajar-pelajar baru-yang ambilannya adalah setiap bulan-agak tidak masuk akal tetapi ianya benar.kerjanya 6 hari seminggu-yang hampir-hampir tidak membenarkanku untuk pulang ke kampung.akhirnya-aku hampir hilang segala.hilang tidur,hilang seri,hilang mesra,hilang cakap,hilang kawan...nasib ku baik kerana masih belum hilang diri,tapi kalau aku mampu menghilangkan diri-akan ku buat.dan seperti biasa,akan kusalahkan orang lain untuk semua kehilangan ini.semuanya berpunca dari tesis-yang pasti sudah ku hantar ikut tarikhnya,tapi siapa yang tidak ikut tarikh memulangkan kembali padaku?siapa yang membuat aku terpaksa membayar beratus-ratus untuk setiap semester?dan mungkin beribu selepas ini (tidak mungkin rayuan pengurangan yuran kali ke 3 diluluskan).aduhai...hilang lagi duitku..apa-apa sajalah,atau kata orang putih-whatever!!!

apa mahu mu

apa mahu mu duhai teman

apa besar sangat salahku
apa berat sangat tuturmu
apa payah benar senyummu
apa hina sangat laku ku
apa jahat benar tingkah ku
apa keji sangat lagak ku
apa miskin sangat kah aku
apa boleh ku buat

kamu sepatutnya lebih kenal aku
lebih tahu burukku
lebih faham rasaku
lebih sabar dariku
lebih kenal jahatku
lebih dalami sakitku
lebih maklum kurangku
lebihnya aku kurangnya aku
lebih segala-galanya

apa mahu mu duhai teman

Tuesday, December 23, 2008

bukan tidak mahu mengalah

satu persatu rakan sepejabatku memilih untuk tidak lagi sepejabat denganku-ertinya memilih jalan keluar ke tempat yang lebih bagus-barangkali.sepanjang berada di sini, tidak kurang dari 15 orang rasanya telah pergi-ralat juga memikirkan betapa sabar juga aku sebenarnya.hari pertama kesini-gembira bukan kepalang.kerana akhirnya laku juga gulungan ijazahku.sangka ku paling lama aku disini pun 6 bulan-hajat di hati mahu ke tempat dimana kehendak yang lebih besar boleh dipenuhi.akhirnya setahun setengah juga-ku gagahkan kaki dan hati-kaki kerana menekan minyak dan brek ke shah alam hampir setiap hari-hati kerana memikirkan ku sudah jatuh hati dengan semua yang ada disini.setiap hari mendengar keluhan sahabat-sahabat,betapa peritnya rutin disini,masih tidak membuat aku kecewa dengan tempat ini.bukan tidak mahu ku kejar wang beribu,bukan aku tidak penat dengan segala segi kerja disini,bukan sekali terbitnya rasa ingin mengalah-tapi entah lah.aku tidak tahu.apa sebenarnya istimewa tempat ini di hati.hidup seolah-olah terbeku disini.jiwa seolah-olah terpasak disini.bukan tidak mahu mengalah,sering saja rasa itu ada.cumanya ikut hati mati,ikut rasa binasa.bertahanlah aku.

Thursday, December 18, 2008

senyumlah


buat semua yang dekat
senyum selalu
bahagiakan yang lain dengan senyummu
kerana aku bahagia dengan senyum kamu
senyumlah
walau dalam sakit dan perit
walau dalam resah dan gundah
walau dalam penat dan lelah
kerana aku kini tersenyum
kerana senyum kamu
=)

Wednesday, December 17, 2008

makan malam di hotel one world







ada apa dengan oren?
yang pasti, ada tenang dalam hijau


Tuesday, December 16, 2008

merinduimu

payah benar rasanya menghirup udara yang tiada bau ayah dan ma, sesak betul dada menahan rindu yang teramat.bukan tidak pernah berpisah selama ini,cuma perpisahan sekejap ini disertakan ujian yang bukan sedikit sakitnya.andai semua bisa memahami sepertimu,andai semua bisa merasa sakitku seperti kamu selalu merasanya,andai semua bisa mengerti betapa beban ini bukan yang biasa-biasa-pasti tidak aku meluah disini.andai semua bisa...
kerana bukan semua bisa-makanya jangan cepat menghukum.pintaku-cukup sekadar berdiri disisi,bukan berlari menjauhi.bukan dipinta untuk sama berkongsi,cukup sekadar mengerti.

Tuesday, December 9, 2008

laskar pelangi

ditujukan khas buat semua yang selalu bersedih--hidup terlalu banyak yang indah untuk dilepaskan--ceria-cerialah =)

mungkin adalah kunci
untuk kita menaklukkan dunia
telah hilang
tanpa lelah sampai engkau
meraihnya

laskar pelangi
takkan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
raih bintang di jiwa

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia

selamanya...

cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau ini kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita

laskar pelangi
takkan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia

selamanya...

sekitar keberangkatan ma+ayah











Khas untuk waqi

Monday, December 8, 2008

susah (Tuhan Lebih Tahu)


susah menjadi manusia
banyak hati perlu dijaga
banyak rasa perlu didera
banyak cakap perlu dilapik
banyak dengar perlu ditapis

tanpa susah, bukan manusia namanya

banyak rasa perlu didera

Saturday, December 6, 2008

mengenang mimi


hanya aku dan moksu yg tahu siapa mimi-dan di sini mahu dicanangkan pada semua bahawa mimi itu nama timangan untuk myvi merah moksu.hahha..kelakar sebenarnya bila meletakkan nama pada makhluk tidak bernyawa seperti mimi.mimi yang banyak jasanya-tidak mungkin bertemu kereta sehebat mimi dan kalau ada sekalipun tidak mungkin dapat mencapai walau 1/10 jasa mimi pada aku.
harapnya akhir disember ini sempurnalah mimi diubati-sakit yg sebabnya datang dari tuannya sendiri.jangan semua tidak tahu,semasa kecelakaan jalanraya tempoh hari,airmata ku mengalir bukan kerana sakit,bukan kerana panik kerana tidak tahu mahu buat apa dan bukan kerana melihat alia dan alin memanggil-manggil uminya---yang ditahan-tahan itu gugur juga sebaik mimi ditolak orang,dibetulkan dari baringnya yang senget.
dekat betul mimi di hati-walau aku bukan tuannya, tapi lagakku melebihi tuannya..heh..cepat2 lah baik, walau x sesempurna dahulu, adanya kamu kutunggu.

Sunday, November 30, 2008

hidup

salam buat semua..susah betul menulis-buat manusia yang kurang sifat 'jiwang'nya.banyak sebenarnya boleh ditulis,cuma tiada masa dan tiada rajin.ma dan ayah sudah selamat berada di tanah suci-moga mereka boleh beribadah sesempurnanya-walau dengan keadaan ma yang batuk2.perubahan cuaca sedikit sebanyak mengganggu ma-jangan kiranya ya Tuhan,batuk ma itu mengganggu hidupnya di sana.
adik-adik di kampung-fadie,fiona,fizzy (panggilan manja ayah untuk lah,nah,jah) dan paih-jaga diri baik2.hujan lebat dan banjir-acara tahunan yang wajib buat kita sekeluarga menambah kalut di benak.kalian betul2 merunsingkan k.yah-ku pohon dariMu ya Allah,lindungi mereka,kuserahkan segalanya padaMu yang Maha Tahu.

Wednesday, October 22, 2008

baik-baik saja

salam adik-adik yang sentiasa dlm ingatan.apa khabar?k.yh sihat2 sj-alhamdulillah atas nikmat Allah yang tak terhingga-menggunung tinggi dosa,namun masih dikasihi.moga lah,nah,din,ki,jah,paih,yu dan cang (dan juga moksu) juga begitu-tak dilupa buat ahli baru keluarga kita-fadhil.ari ni,genaplah 2 bulan k.yh ditimpa ujian Tuhan.baru sangat lagi k.yh rasa-masih segar di ingatan kerut risau ma dan ayah bila mana k.yh disorong katil hospital.masih segar juga kelihatan titis air mata ma dan ayah di pagi jumaat itu.sangka k.yh (dan semua barangkali),tidak mungkin dapat berjalan seperti dulu.syukur yang tak terucap pada Tuhan yang tak pernah lupa-terima kasih yang teramat pada ma dan ayah-kerana banyak berkorban sepanjang tempoh itu.sebulan k.yh di rumah,tidur malam ditemani ma,bangun pagi dikejutkan ma,makan pakai diurus ma-hutang dulu masih belum berbalas-mana mungkin k.yh terbayar akan hutang yang ini.juga buat ayah-yang tak jemu-jemu mencari penawar buat sendi yang retak.beribu dihabiskan semata-mata mahu melihat k.yh berjalan semula.di saat k.yh hampir putus asa-ayah menguatkan-semangat yang mungkin tiada pada orang lain.pinjamkan semangat itu ayah-buat bekal k.yh dan adik-adik bila mana ayah ma memerlukan suatu hari nanti.ingatkan kami Tuhan-jangan hadirkan putus asa dan lemah semangat dalam diari hidup kami-kuatkan kami sepertimana kuatnya kedua ibubapa kami.buat adik2 yang mungkin menatap-ingat-mengingatilah kita-moga haluan hidup tidak terpesong dek duniawi-moga ukhuwwah ini tidak longgar dek orang luar-moga hidup kalian baik-baik saja.doa k.yh-moga ujian yang menimpa k.yh adalah himpunan ujian-ujian kecil yang dialihkan Tuhan dari bahu kalian.moga kalian tidak ditimpa dengan sesuatu yang sama sifat dengannya.moga kalian baik-baik saja.selama-lamanya. =)

Wednesday, September 3, 2008

pagi jumaat itu

pagi jumaat itu
Tuhan tarik sekejap nikmat berkaki
tidak ku mampu berdiri
apa lagi berlari

pagi jumaat itu
Tuhan tunjukkan kasih
pada jiwa-jiwa yang bersih
yang selama ini tidak terniat aku sisih

pagi jumaat itu
akhirnya bercucuran
air yang tak terbendungkan
dari mata-mata yang tak tertahankan

pagi jumaat itu
masih ramai yang keliru
apa sebenar berlaku
kerana yang pasti tahu
cuma Tuhan Yang Satu
jua kamu dan aku

Tuhan,aku redha!!

Monday, August 18, 2008

sombongkah?



kerana sombong,rela dia tidak meminta tolong

kerana sombong,rela dia menghubungi trak tunda

kerana sombong,rela dia menunggu berjam-jam

kerana sombong,rela dia mendiam seribu bahasa

kerana sombong,rela pula yang lain memerhati

kerana sombong,tiada pula yang lain mendekati

kerana sombong,satu kerja pun tak jadi

kera mana yang sombong?

ke lapan & ke sembilan


2 yang bongsu ini sama2 menanggung beban yang tidak tertanggung oleh kita-membawa harapan besar ayah ma-memimpin kita ke pintu syurga
satu daripadanya sedang menanggung sakit-harapnya ujian sementara Tuhan, mencuci dosa keluarga yang lain-kuatkan hati cang--sakit itu cuma sementara, buat penambah pahala kami yang lain
cepat-cepatlah sembuh--agar dapat bersenda lagi
rindu betul...pada semua!

Friday, August 15, 2008

sabar sajalah

yang maha sabar itu Tuhan
yang maha tahu itu Tuhan
yang maha adil itu Tuhan
yang maha kasih itu Tuhan
yang maha mendengar itu juga Tuhan

moga mampu ku kutip sedikit sabar itu
moga mampu ku tahu apa perlu sabar
moga aku adil meletakkan sabar
moga terbias kasih Mu dek kerana sabar
moga terdengar oleh Mu sabar yang satu ini
meski memang ku tahu
hanya Kamu yang maha segala...

Thursday, August 14, 2008

tumpang gembira

mendengar khabar anak2 muridku,mentee2ku lulus dengan cemerlang, cukup untuk menceriakan pagi, petang dan malamku.walaupun mereka tidak menerima ilmu terus dariku-gembiranya mereka terpercik,terasa juga.moga murid yang sedang ku depani semester ini bakal membawa berita gembira juga-walaupun saat menanda kertas ujian pertengahan semester mereka---serasa seperti menelan kerak nasi semalam-cukup payah dan memeritkan---mahu diluah marah-takkan kemana.yang sudah lepas, lepaslah.jangan dikenang lagi.
semester ini menghadiahkan aku pelajar yang menceriakan hari, dan melapangkan dada.walau mereka tidak sebijak yang dulu-ada sesuatu yang membuat aku terpaku.setiap mereka dengan cerita berbeda.alangkah baik kalau aku mampu duduk,mendengar keluh kesah mereka,mentakrif senyum pahit mereka dan berkongsi tawa tangis mereka.mereka bukan senang,namun tercampak kesini-kerana ilmu.kerana itu tidak adil kiranya ada antara kami berkata sinis 'kamu ini anak orang senang,sebab itu kesini...'---kerana mereka ini tidak punya banyak pilihan.moga pilihan yang 1 ini baik untuk mereka. selamat berjuang..

Friday, August 8, 2008

tiada kata


gotong royong raya korban 2006


rindu pd syafiq...


d late syafiq farhan--moga bahagia d tmpt br--moga kelak kamu x meminta nyawa dr ku--moga kamu disayangi seadanya-- =)

Monday, August 4, 2008

blk kg


-klia-antar waqi-ramadhan 2007-

slm buat adk2 yg mgkin menatap...pg td k.yh br smpai dr kg.lega rasanya, membereskan satu tugas yg kiranya wajib di lakukan sebulan sekali---mnjenguk ma ayh.mereka sihat2 shj--ayh mgkin nmpak lg kepenatan-smggu brkursus d jb.ma mcm biasa--cool..brsama natasya nya--bg din & waqi yg blum thu, natasya itu nama ank kucing jantan yg tggal menumpang sebatang kara di rmh, menemani ma ayh--menceriakan hr ma-sewajibnya.nama cantik yg diberikan okjah (a.k.a paijah) yg pd perkiraan k.yh tdk selayaknya berada pd sesuatu yg jantan sifatnya. :)

ptg sbtu, smasa dijemput ayh-sempat mengiringi paih ke asrama-paih...yg kita semua kenal. :) sejuk mata menatapnya-runsing d hati tiada yg tahu. sm2 kita doakan dia, keputusan peperiksaan terbaru tdk begitu baik.moga dia tdk hanyut dgn kwn2-atau mgkin jg tdk dia menghanyutkan kwn..

lewat petang menjenguk isyang di asrama--jangan tak percaya, dia makin susut...lagi.ada khabar gembira buat semua-markah bm nya tertinggi dlm kelas, dan katanya mungkin b.i juga tertinggi-cuma cikgu tak sempat umumkan..haha..kalian faham bukan?masih tak berubah adik yang satu ini.

tiba di rumah sdh lewat maghrib--sunyi betul...terfikir-bagaimana ayah ma meneruskan hidup dengan sunyi yang begitu??yang jelas di ingatan-bunyi natasya,bau natasya dan laungan ma memanggil natasya...besar maknanya natasya di mata ma-mungkin juga ayah-cuma tidak disuarakan mungkin..kerana itu jangan sesekali menyebut untuk membuang natasya..jahat mana pun dia-nakal mana pun dia--hanya itu yang ma ada-buat pemeriah suasana..ayah-yang pasti setia menanti---untuk membersihkan apa2 sisa natasya.seperti biasa ayah juga tidak pernah merungut..

semalam juga k.yh sempat menemani ma mencari kain baju kurung raya anak2 perempuannya.yang lelaki seperti kata ayah-beli saja yang sudah siap.sekali lagi ayah setia menemani--ke honyi.walaupun sekadar menunggu di kereta, jelas sekali dia tidak mahu sunyi di rumah.juga sempat ke rumah amah--menjenguk ayah aji yang baru 'menukar manik mata'-katanya..smpai sekarang k.yh masih tak tahu mcm mana rupanya manik mata...????

tepat 8.15, k.yh sudah berada di dalam bas.dihantar ayh ma.seperti biasa-ayah malu saat mahu dicium pipi-cepat2 dia mengalihkan muka..adik2ku-selepas ini,biasa2 kan ya?selagi sempat-kita buat..ma bertanya-ada duit?soalan biasa yang kadang2 sukar untuk membiasakan diri menjawab 'ada'.hahaha... :) .tp mcm skima jawapan yang biasa-ada ma,klu xda,kita puasa..

insyaAllah lagi 2 mggu k.yh balik lg...cuti skolah dan k.a bertunang...

Sunday, July 27, 2008

:p


btul bak kata waqi-moga k.yh x cpt putus asa dgn blog--soalnya, aku sdh kering idea.apa mahu ditulis? sdg x smpai 2 mggu aku berblog-sdh x thu mahu bicara ttg apa...mggu yg agak menarik...
sbtu-boling ngan mentee
ahad-tmankan alin cr lgsir n bbq d jln kebun
isnin-mkn mlm d rest k.mah, kl
slasa-boling lg d sunway (pcaya @ tdk, aku ant. yg menyumbang utk dpt tmpt ke2-msu tournament)ekekeke
rabu-hausmet msk, aku mkn
khamis-berpizahut d bangsar
jumaat-hausmet msk lg, aku mkn lg
sbtu-boling lg ngan mksu n mimah d p.a.s, s.alam (ofismet bising-kata aku gian boling... :) )
ahad-tlg memanjangkan barisan d j.co donut, sunway
jdnya-ptut bnr lah klu aku btul2 mnanti hari msk gaji...hahaha...lmbtnya weh........

Thursday, July 24, 2008

?????


-kfc intan-

mlm ni klu ikut yg diplankan-ada mkn2 ngan teman2 lm di mid.hrp2 nya jadilah...pdhalnya, yg selalu membatalkan di saat akhir adalah aku..heheh.sdh aku igtkan yg aku ini cpt lupa daratan-tp mereka satu2nya teman yg x pnh serik.maka itu tawaran kali ini x dpt tdk kna dterima juga.mkn2 smpena hari lahir k.suja-senior d lab dlu,skrg dn mgkin selamanya..setia btul k.suja pd b503-pnh dia merungut keletihan, tp dia x pnh mengungkit-krn itu jg hormat aku pd dia x pnh hilang.yg lain silih datang dn pergi, tp k.suja msh teguh bdiri-katanya ingin menjadi penunggu lab.mgkin sdh mnjangkau 10 thn dia d situ.sdg aku cuma 3 thn-itupun terasa lama bnr.akhirnya jun thn lepas aku mninggalkan lab secara x rasmi-mulanya lega krn dpt kluar-berjumpa teman2 baru dan alam yg br.akhirnya-aku sndiri yg kerinduan-rindu bnr pd teman2 yg jujur mmbantu, rindu pd bench yg skrg ini sdh milik org, rindu pd mejaku-yg ltknya d satu sudut-port yg plg sesuai utk mengumpat. :)
moga jd lah apa yg drancang-moga aku x brubah fikiran-mcm slalu-..selamat hari lahir k.suja!

Sunday, July 20, 2008

teman baru

dlm 2 3 mggu terdekat ni, ramai btl teman br yg ku jumpa..di ofis sj, hmpir 5 org..dn d luar ofis jg ada. sdh namanya teman, maka x byk yg aku thu. skdr nama dan asalnya dr mn. ingin bertanya byk-mnjadi aku yg dulu yg byk jg ckp nya- x berkesempatan. di ofis-30 jam dr wktu bekerja smggu d hbiskan di kelas-dgn pelajar2 ku-ini jg sbb knapa aku lbh knl mereka dr teman ku sdiri. di luar ofis-blk pun sdh mlm, bdn pun penat-mndi, mkn, tv n tdo. jdnya, bla ms aku blh lbh mengenali tmn2 ku ini? kata org, berteman biar seribu, berkasih biar 1..haha..aku ini-berteman x smpai seribu, berkasih x smpai 1.

malaysiaku

hari ini semua bercakap ttg politik- ank2 muridku jg sdh pndai mgkritik.bila ditanya pasal najib, anwar, liwat, debat-ada saja yg dijawab.malah ada yg terlalu matang, katanya malaysia hari ini tdk layak org2 itu dan ini pegang. org yg plg aku suka berbicara soal politik-sdh psti ayh. dr dlu, ayh bkn penyokong, bkn jg pembangkang. hr ini mgkin dia di sini, hr esok dia di sana. kerana itu mgkin, aku jg terikut2, bla dtanya siapa yg aku sokong-jwbku itu rhsia.pd hal aku sdiri tdk pnya jwpn. kerajaan itu-org2 nya hanya thu mnyokong-isu apa pun yg ada-yg tahunya sokong sj. myak naik-sokong. tol naik-sokong. najib naik-sokong. dan pembangkang itu-org2 nya hanya thu membangkang. mgkin krn namanya pun pembangkang. rmk9-bangkang. d.e.b-bangkang. sekolah integrasi-bangkang. thukah mereka semua apa yg disokong dan apa yg dbangkang?prnhkah mreka duduk, dan berfikir sejenak, apa benar apa yg mereka buat? kita ini jgn hnya thu mgikut-ada agama, turutlah. ada prinsip-peganglah. ada akal-fikirlah. kata ayh-ssh utk mnjadi kerajaan yg baik krn stp penjuru prlu djaga. krn itu, perlu ada pembangkang yg baik-utk mngingatkan bhw msh byk lg penjuru yg blm terjaga. doaku, moga malaysia tdk hancur di tgn mereka- krn ingin jg ku lihat bagaimana nnt generasi ank2 muridku yg pndai berkata-kata ini-mengurus malaysia..mgkin jdnya lbh baik atau mgkin jg lbh teruk--nauzubillah.

Saturday, July 19, 2008

foto pertama



foto ini-salah satu foto kegemaran, mgkin antara yg terawal mengingatkan aku betapa perlunya bergambar.darjah 1 rose-cikgunya, cikgu wan nor hanidah.cikgu pertama yg kukenal, kerana aku satu2 nya yg tidak ke tadika.masih tergambar lg kekalutannya menyusun kami-yang akhirnya membawa aku duduk di sebelahnya.mgkin jg kerana terlalu kecil, maka layaklah aku di kerusi itu.yg lain tgginya hmpir 2 kali ganda.

darjah 1 yg manis sekali, kwn2 yang mulus & tulus.ramai yg sdh berkeluarga, mgkin jg sudah punya anak sebesar kami dlm foto ini.usia foto ini sdh menjangkau 20 thn, maka itu aku sdh lupa mn ltknya ia.nasib baik masih ada di simpanan 'softcopy'.

msh jg teringat, ada di kalangan kami yg berlari pulang saat jururawat kg dtg mahu melakukan suntikan, atau mahu memeriksa gigi, atau sekadar lalu di depan kelas kami. aku antara yg berani, plg ke depan klu beratur (mgkin jg terpaksa, kerana aku yg plg comel!), bkn kerana apa, kerana pasti kami ada habuan, coklat kecil berbentuk duit syiling @ coklat susu, plg tdk dibekalkan dgn ubat kutu..haha...siapa yg tdk berkutu ms itu?

J A H


adk perempuan bongsu, yg terselit di antara hero2..kerana itu punya kelas tersendiri-tdk dmasukkan dlm 3 yg teratas, juga bkn 3 yg terbwh, apa lagi 2 hero yg tgh--jah yg kelakar--lahirnya di tgh mlm-satu2nya adk yg kusaksikan detik2 kelahirannya--maka itu bla memandangnya, serasa kenal seluruh hidupnya...kerana mulanya dia aku ada, dan moga akhirnya aku nnt, dia jg ada...

fas'


fadhilah & fatonah--2 adk yg plg byk mewarnakan idup, menambahkan rasa dan menyerikan dapur..hehehe...kerana kamu terlalu pndai memasak, maka aku jd nya malas, dan tdk pandai hgga skrg..2 adk yg tdk blh aku lembutkan lidah utk membhasakan diri k.yah, kerana kamu terlalu dekat di hati.terlalu byk kenangan dan dosa ms silam yg menghantui-kerana aku ini kakak yg nakal, bkn yg terbaik..cuma sematkan pesan ini di hati, andai kelak aku terlalu jauh dr kluarga, kembalikan aku ke dunia, andai kelak aku jd tamak haloba, kmbalikan aku pd pegangan yg ma+ayh sematkan, andai kelak jarang aku berpaling pd kamu, igtkan aku yg kita ini asalnya dr lembah yg sama.walau x pnh diucapkan, aku mahu kamu tahu, betapa kamu besar maknanya dlm hidup & mati. moga kamu mendapat yg terbaik kerana kamu sebahagian dariku.

2 dins


adk2 ku yg jauh- din n waqi.moga bebananmu itu tertanggung olehmu...kerana kami hanya mmpu mlihat...

3 pendekar


--moga kalam Allah sebati di lidahmu, sertakan kami dlm perjalanan mnuju syurga--

erti sahabat


jika suatu hari nnt, ada yg bertanya-kenapa mksu sgt besar kesannya dlm hidupku?igt2 kan kembali
- siapa yg sama2 berlapar saat susah di um?
- siapa yg menunjukkan jalan saat semua jalan telah tertutup?
- siapa yg sama2 menolak motor buruk dlm hujan lebat, juga di bumi um?
- siapa yg sanggup meredah pekat mlm saat badan ditimpa sakit?
- siapa yg menguatkan saat diri tdk bermaya?
moga persahabatan ini berkekalan ke akhir hayat kita..moga esok2 ada cerita utk anak cucu kita..moga esok2 mereka tahu dan memahami, erti sahabat...

fa n din



keluarga besar ini banyak mengundang cemburu orang..berbanggalah adk2 ku...kerana kita adalah cebisannya...









Friday, July 18, 2008

--malaikat2 di bumi--


bila suatu hari ada yg bertanya, apa yg membuat aku kuat, maka jawapannya pastilah --kerana adanya 'malaikat2' di bumi----