Tuesday, November 3, 2009

oktober yang padat

a picture is worth a thousand words...
belum benar2 kehilanganmu, namun sudah terasa di lubuk hati
senyum kambing
fadie, fadz n mira

---tumbina---

my bff

moksu n terubuk

jeti-apa ntah

fadz n fadie---same name, different character

tn nurul, azwa n moksu

comelnye........

moksu lg

qais n nukman

spies---banting

Thursday, October 22, 2009

Saturday, August 1, 2009

tomyam poktek

hampir setiap hari menjamu diri dengan tomyam poktek..dan sudah berbulan rasanya tidak merasa nasi dengan air tangan sendiri.sibuk benar kedengaran.setiap hujung minggu samada balik kampung, spies, rumah c'ani atau merewang ke pasaraya besar sekadar mencuci mata yang memang sediakala tidak cuci. hari bekerja apatah lagi, 7 petang baru menjenguk rumah.badan sudah penat, otak sudah sendat, akhirnya tomyam poktek kegemaran moksu juga yang dilawat.kaya benar rasanya tauke tomyam itu, hari-hari bertomyam saja.pekerja-pekerjanya pun sudah tahu benar muka aku dan moksu, sehingga bisa tahu dan menyapa-cantik hari ini.hahaha...agaknya mereka juga tahu kalau kiranya aku memakai baju semalam.tomyam poktek-entah apalah yang sedap sangat di lidah moksu, asyik yang itu saja.mungkin kerana namanya, mungkin juga kerana ketamnya atau mungkin kerana alas mejanya.entah sampai bila lagi aku boleh bertahan dengan poktek sebelum benar-benar jemu.sudah-sudahlah moksu...moh kita bertomyam nama lain pula..:)

Monday, June 22, 2009

alahai jun

lama menyepi
banyak agenda barangkali
dengan mengejar kelas tambahan
yang diminta pelajar
dengan menghabiskan sukatan
yang memang tanggungjawab
dengan menanda kertas peperiksaan
yang sememangnya wajib
dengan motivasinya
yang dicari sendiri
dengan balik kampungnya
yang sentiasa dihati
dengan kenduri Prof
yang memang nak merasa
dengan nak menyiapkan jadual kelas
yang memang dalam KPI
dengan sibukkan diri
yang memang tabi'i
dengan ini
yang ini sajalah yang sempat
buat pengubat rindu
alahai jun

Tuesday, May 19, 2009

selamat hari lahir adik



saban bulan rasanya
mengucapkan selamat hari lahir buat kalian
bangga amat
ada kalian sebagai adik
mei-bulan untuk waqi dan paih
seperti selalu
harapku
jangan kalian rebah
dek ujian bertalu-talu
kerana kita semua tahu
anak mei anak yang kuat
selalu diuji dengan yang hebat-hebat
kalian bertuah
menjadi pilihan Tuhan
untuk diberi pahala percuma
walau sebenarnya ia tidak datang percuma
bertahanlah kalian
kerana sabar itu milikmu
maka tunggu sajalah habuan dari Tuhan
selamat hari lahir
seperti selalu
semoga dipanjangkan umur
semoga dimurahkan rezeki
selamatlah dunia akhirat kalian
amin

p/s: semoga dapat k.yah ucapkan beratus kali lagi...selamat hari lahir adik!!!

Thursday, May 14, 2009

Berita kepada kawan

Perjalanan ini
Trasa sangat menyedihkan
Sayang engkau tak duduk
Disampingku kawan
Banyak cerita
Yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering bebatuan
Tubuhku terguncang
Dihempas batu jalanan
Hati tergetar menatap kering rerumputan
Perjalanan ini pun
Seperti jadi saksi
Gembala kecil
Menangis sedih …
Kawan coba dengar apa jawabnya
Ketika di kutanya mengapa
Bapak ibunya tlah lama mati
Ditelan bencana tanah ini
Sesampainya di laut
Kukabarkan semuanya
Kepada karang
Kepada ombak
Kepada matahari
Tetapi semua diam
Tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri
Terpaku menatap langit
Barangkali di sana ada jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana
Mungkin Tuhan mulai bosan
Melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan
Bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada
Rumput yang bergoyang

p/s: lama benar mencari sesuatu yang boleh dikongsi disini.akhirnya sinar fm mengilhamkan.lirik ini lebih indah jika didendangkan.dengar2kan.banyak tersurat,banyak lagi tersirat.

Monday, May 4, 2009

buntu

betul buntu
otak kelu
lidah bisu
tangan kaku

Saturday, April 25, 2009

langkawi nan indah

p/s: mulakan dari bawah.biasalah..tak berapa celik i.t.

tepi pantai,dekat lapangan terbang
semangkuk cendol pulut...sedap!
galeri perdana
beca seperti ini juga pernah aku dan adik2 gunakan untuk ke sekolah
galeri perdana
tun mahathir,miss fathiah,tun siti hasmah-tiada niat menjadi orang ketiga...apakan dayaku..

air terjun temurun
yang tertinggi di langkawi..sejuk airnya,sesejuk...air peti ais =)

23 april 2009

rumah kedah di makam mahsuri

pulau beras basah
qais & nuqman main pasir
tasik dayang bunting
tak kayuh pun-berkuasa solar

dalam perjalanan
'pelayaran' ke pulau dayang bunting

22 april 2009
air terjun telaga tujuh
bersih amat kawasannya...bilalah kelantan mahu begini?

telaga tujuh
kali kedua...tapi tak pernah sampai ke telaganya..malas mendaki =p

puncak gunung mat chinchang
di malaysia kah aku?

duhai qais-mengapa mahal sangat kasih mu?

kereta kabel langkawi
k.lili,qais,nuqman dan moksu
ya Tuhan,cantik amat ciptaanMu


dalam kereta kabel
aku dan moksu-tengah kawal cun (excited maaa....)

3 hari 2 malam di sini
not bad at all


Thursday, April 9, 2009

joget kenangan manis

Riuh kicau unggas rimba
Langit biru kala senja
Kini engkau jauh dari mata
Hatiku merindu tiap masa
Pagi hari pergi pekan
Pakai baju bunga-bunga
Bila hati sedang kesepian
Ku tulis untuk mu surat cinta
Memanglah hai adat berkasih
Berpisah selalu gelisah
Terbayang kenangan yang manis
Terasa kau ada bersama
Padamu hai si jantung hati
Dalam tidur ku termimpi-mimpi
Selagi kita berjauhan
Hati rindu tiada tertahan
Kalau pergi Kuala Kubu
Tulis nama atas batu
Saban hari ku menanti waktu
Pulang segera kepada ku

p/s:lagu yang pasti mengundang kontroversi...hahaha...saja suka2 letak liriknya disini.iramanya menyenangkan hati dan menceriakan hari.the song that absoluteluly will make my day.hear almost everyday via sinar fm...go sinar go!!!
veterankah aku? =p

Wednesday, April 8, 2009

pas 1 pkr 1 bn 1

pembangkang menang lagi
kerajaan kalah lagi
ada menang
ada kalah
jadinya seri
politik di sini
baru tunjukkan seri

p/s:spr pun dah ada kualiti

Monday, April 6, 2009

saluran mana?

tv1-di luar lingkungan bersama syed munawar
tv2-ali baba bujang lapok
tv3-rempit vs impak maksima
ntv7-berita cina
8tv-lost
tv9-bong

yang ada ini pun kadang buntu untuk buat pilihan.
jawapan biasa untuk soalan biasa – kenapa tak guna astro?
mari sama meneka mana satu jadi pilihan.
seperti selalu tiada yang pasti,beberapa minit sekali ditukar lagi.

Saturday, April 4, 2009

maulidurrasul

---walaupun tak dengar ceramah, makan wajib datang---
=p

mencari pak lah

semalam berakhir sudah era pemerintahan pak lah.semalam juga menyaksikan pemasyhuran dato' seri najib tun razak.maka bersorak rianglah orang2 dato' seri najib,dan bermuram durjalah orang2 pak lah.bercampur baur perasaan-sebak juga mengenangkan orang sebaik pak lah melepaskan jawatan tertinggi itu.satu soalan berlegar-apa kurangnya pak lah?mungkin satu soalan yang senang bagi semua orang tapi susah buat hamba.mana mungkin mencari yang sempurna andai diri juga tidak sempurna…mana mungkin.

p/s: let us do the complementation test (basic genetics; chapter 5-extensions of mendelian genetics) =)

Aku cari bukan harta bertimbun-timbun
Untuk hidup kaya
Aku cari bukan wang berjuta-juta
Untuk hidup bergaya
Aku cari bukan kawan-kawan
Untuk hidup sekadar berfoya-foya
Aku cari mana dia Al-Ghazali
Aku cari mana dia Al-Shafie
Kita bongkar rahsia kitab suci
Cari pedoman
Kita bongkar rahsia sunnah Nabi
Cari panduan
Aku hidup kerana dia Rabbi
Dialah Teman
Dialah Wali
Dia mencukupi
Aku hidup bererti
Menikmati damai abadi.

Wednesday, April 1, 2009

futsal

excited
fun
exhausted
funny
win?
dont care
play2
not bad
at all
some more?
sure
next time

p/s:thanks 4 the invitation moksu!!dont pening2 anymore ya...

Saturday, March 28, 2009

tutup sudah

28 mac 2009
8.30-9.30 malam
tutup lampu
buka mata
tutup pintu
buka tingkap
tutup kata
buka rasa
tutup sudah
sudah sudahlah

sebetulnya

sebetulnya
hamba ini
elok2 saja
baik2 juga
usah khuatir
:)

Tuesday, March 24, 2009

andai

usah diduga amarah
dengan gurau tak bertempat
bukan hati tidak kukuh
cuma kadang tidak sempat
menongkah cubaan bertalu-talu
mana mungkin bertahan
andai serangan dari segala sudut
andai benteng belum teguh

Saturday, March 21, 2009

tergilakan wonderpets

wonderpets
wonderpets
kami datang
membantu haiwan dalam kesusahan
kami tak besar dan kami tak kuat
bila bekerjasama
semua jadi mudah
go wonderpets

apa yang penting?...kerjasama....

p/s:kadang terfikir,gilakah aku?
sungguh tidak masuk akal
aku tergilakan wonderpets
mungkin juga
ramai lagi sebenarnya
tergilakan lagu wonderpets
teman2 sepejabat
teman2 di luar pejabat
murid2 ku di kelas
apa sudah jadi

malas

bilang temanku
dia malas membaca
bilang muridku
mereka malas menelaah
bilang aku
aku malas mendengar
yang malas2

p/s:malas menulis

selamat hari lahir

buat amiruddin dan najmuddin
walau agak terlambat
mahu juga ku sampaikan
salam selamat hari lahir
10 dan 18 mac yang lalu
bukan terlupa
kadang teralpa
betapa dunia menyibukkan kita
andai zaman kanak-kanak itu boleh aku bekukan
ingin benar kembali
ke saat aku masih boleh memelukmu
bila mana sayang dan rindu itu hadir
benar
aku rindu
pada kamu
pada semua

Wednesday, March 18, 2009

sembunyi

Percikan sinar matamu singgah di hati
Bergetar bibirku bisu sukar mengerti
Pantasnya diri tertawan
Tak sempat berkelip aku kau punya
Biarpun mengutus ilham menuju jiwa
Teguhmu suatu raga melamar rasa
Biar pun kita mencuba
Sembunyi .. namunkan terlihat
Yang jelas di wajah
Kita memang sarat merasakan cinta
Bagaikan bintang di malam
Cerah beri cahaya
Tak terhalang menyinari segala
Bertentang mata sebentar
Dihanyut angan
Tersentap lalu ku sedar diperhatikan
Sedangnya diri terasa ke mana
Renungan aku nak alih
Sembunyi ….namunkan terlihat
Yang jelas di wajah
Kita sememangnya sarat
Merasakan cinta
Bagaikan bintang di malam
Cerah beri cahaya
Tak terhalang menyinari segala
Walau kita cuba sembunyi
Namun terlihat segalanya yang
Tersimpan di hati
Bintang-bintang di malam
Cerah beri cahaya
Tak terhalang menyinari segala
Walau kita cuba sembunyi
Namun terlihat segalanya yang
Tersimpan di hati

p/s:buat sahabatku yang nampaknya sedang sarat merasakan cinta
hahaha
cepat2lah kahwin
aku mahu sama merasakan bahagianya kamu
=)

Monday, March 16, 2009

genetik

5 kelas genetik
18 jam seminggu
kadang 3 4 jam tanpa henti
seronok sebenarnya
walau hampir hilang suara
duhai kesayangan-kesayanganku
fahamkanlah ilmu ini
banyak yang mengujakan


Saturday, March 14, 2009

ppsmi

heboh satu malaya pasal hal ini.pendapat aku-ppsmi dimulakan dengan tergesa-gesa.mahu dihentikan juga tergesa-gesa.apa kalian fikir anak-anak Malaya ini patung kayu.sesuka hati disuruh itu ini.duhai penggubal dasar,berbuatlah sesuatu.tanah ini tanah Tanah Melayu.Jepun maju atas bahasanya sendiri.Jerman maju atas bahasanya sendiri.Perancis juga maju atas bahasanya sendiri.malu sangatkah berbahasa Melayu?sains dan matematik itu ilmu yang perlu difahami.berbuatlah apa saja agar ilmu itu sampai ke pemahaman anak2 Tanah Melayu-tidak kira anak Melayu,anak Cina,anak India,anak Iban,anak Kadazan atau anak Penan.janganlah sampai esok2--anak2nya fasih berbahasa asing,tapi tidak faham apa2 tentang hidup.
fahamkah?

Wednesday, March 11, 2009

sedikit cik yah

twist your head-hide & seek @ cfs family day

might be kaseh sitting next to
banghuris homestay-my anatomy & physio students
english nite 08



Saturday, March 7, 2009

boling

sekian kalinya
aku menang lagi
boring juga
seolah tak tercabar
hehehe
ngan ofismet aku jaguh
ngan hausmet aku juga jaguh
bukan pandai sangat
tapi ada lagi yang lebih tak pandai

p/s:bongkak betul =p

Thursday, March 5, 2009

man

a man with 2 houses loses his mind
a man with 2 women loses his soul

p/s:nice chinese proverb i took from someone's book

kereta kecil warna merah

semua tahu siapa mimi,myvi merah moksu.kebelakangan ini,jauh dia dari aku.boleh dibilang dengan jari berapa kali aku menjamah sterengnya sekembalinya ke kl.bukan tidak sudi,tapi tidak berkesempatan,sungguh.mahu diletakkan di mana saga baruku yang hitam itu.berat lidah meminta kebenaran ayah membenarkan saga itu kekal di kl,jadinya perlulah aku betul2 memanfaatkan adanya dia.tiada niat langsung untuk terus melupakan mimi-kereta yang jasanya tidak mungkin tertebus oleh sebarang kereta pun.serba salah betul pada moksu.mimi buruk dan tua kerana aku.mana mungkin aku lupa itu.

Papa ku pulang dari kota
Papa ku belikan kereta
Kereta kecil warna merah
Boleh ku bawa ke sekolah

Pon Pon Pon Pon Pon Pon Pon Pon Pon
Kereta kecil ku berbunyi
Marilah adik mari naik
Boleh ku bawa jumpa nenek

p/s:lagu ini pernah kami sama2 nyanyikan sewaktu mula2 mendapat mimi.gembira tak terkata saat itu.kereta pertama moksu,ibarat kereta pertama aku juga.mimi kekal yang pertama,tiada yang pernah dan akan berubah.
=)

Friday, February 27, 2009

alhamdulillah

syukur tak terucap
akhirnya sampai juga ke kaunter pejabat fakulti
kata kerani
2 bulan lagi dihubungi kembali
tolonglah Tuhan
sudah lama benar
sudah hampir hilang sabar

Saturday, February 21, 2009

lega

lega benar,tesis ku sudah hampir ke tangan examiner-internal dan external.cuma tunggu masa untuk siap dibinding-soft cover untuk kali ini.petang selasa siap,pagi rabu dah boleh dihantar.dua hari ini bangun dengan senyum,start enjin kereta pun senyum,jalan jem senyum,kat ofis senyum,memandu pulang senyum,ke tandas pun senyum.macam kerang busuk pula.biarlah apa orang nak kata-leganya hati dan dada tiada yang mungkin benar2 faham.
-senyum seindah suria-
=p

Saturday, February 14, 2009

ambillah

duhai insan yang mulia
duhai jiwa yang kosong
duhai hati yang lara
ambillah semuanya kalau mahu
satu pun jangan kamu tinggalkan
seingat aku
tidaklah pernah aku meminta darimu
hari ini
aku redha
bagiku
cukuplah Allah yang 1
ada Dia,aku ada segala
maka itu ambillah
sungguh
aku ikhlas

Friday, February 13, 2009

projek ko-k 2--most numbered ethnic song....


penat amat tu...lepas kelas, terus ke dewan teater.dekat2 10 mlm br sampai umah.sib baik dapat kerusi empuk...

lain di luar, lain di dalam

perhatikan

kalau banyak mulutnya
diam hatinya

kalau besar cakapnya
kosong jiwanya

kalau bising orangnya
suram hidupnya

kalau senyap lidahnya
sedar akalnya

kalau kaya budinya
kaya segala

kenapa perlu berselindung
disebalik manis wajah
pamerkan yang sebenar
kerana
bukan semua tahu mentafsir
bukan semua bisa mencongak
apa di hati mu
lain di luar
lain di dalam

-bukankah susah begini?-

Thursday, February 12, 2009

demam kaspersky 2009

kelakar mengenangkan telatah kawan-kawan di ofis semalam.semua orang sibuk mengupload internet security kaspersky 2009.sehari suntuk semua jiran-jiran berhampiranku sibuk dengan
1-yang ko punya dah hijau belum?aku merah lagi
2-cik man,naper ni?dari tadi dok kat 99%...dia tak nak g 100 %
3-cik yah,k.mimi tak berani buat.cik yah reti?cik yah buatkan la...
4-berapa korang beli ni?boleh guna untuk berapa orang?nak jugak lah
5-haaaa....tu dia!trojan ada,worm ada,brontox pun ada.lumayan2
6-korang dah kena tipu ni,patutnya lesen ni untuk 365 hari,naper 345 hari je ni?
7-cik yah,dah ok dah.laptop ni dah laju skit
---dan bermacam-macam dialog lagi sambil2 aku mengemas hutan simpan (a.k.a meja aku) yang ada kat depan aku ni.macam comel giler-ayat2 diatas dituturkan oleh pensyarah2 CFS.disebabkan kaspersky 2009 yang asalnya dibeli oleh 3 orang staf,demamnya merebak laksana demam AF.semua bercakap pasal mahu beli antivirus.tiba2 saja semua laptop dan pc jadi lembap semacam sebab tiada antivirus jenis ini.aku gelak sendiri.ini salah satu sebab kenapa aku sayang sangat CFS.
tersenyum sendiri.

Wednesday, February 11, 2009

8 februari 2009-faezah

selamat hari lahir adik
aku doakan yang baik-baik

lama sudah tak ketemu
rindu sangat dengan kamu

dengar-dengar kamu yang terbaik untuk makroekonomi
kamu pengubat kala ini
teruskan begini

-dari k.yh yang 'cantik'-

doa untuk kamu

adik2 ku-fadhilah,fatonah,najmuddin,waqiyuddin,faezah,faezuddin,amiruddin & hisyamuddin
tak terfikir oleh benak, betapa kita akan diuji sehebat ini.sepanjang hidup k.yh masih belum pernah rasanya terbeban dengan ujian yang bertimpa-timpa ini.bukan maksud juga untuk mentafsirkan ujian itu sebagai bebanan.kita ambil dari segi yang baik-semua ini untuk menyediakan hati dan akal untuk menerima ujian yang lebih besar,menghapuskan dosa-dosa kecil dan menambahkan pahala yang tidak berapa banyak itu.dalam meniti kedewasaan,sewajibnyalah kita diuji dengan sesuatu yang bersifat dewasa.akhir-akhir ini,setiap kali terkenangkan kalian pasti ada manik2 jernih yang gugur-beserta doa agar dikuatkan fizikal dan rohani kalian.di setiap doa,pasti dititipkan pesan agar Allah sentiasa bersama kita,bersama meredhai kita,bersama menguatkan kita dan dimohonkan agar tidak kita putus asa di pertengahan.sesak dada k.yh memikirkan kalian,sesak lagi deru nafas ma dan ayah mengingati kita.k.yh mohon pada kalian,tabahkan hati.kelak mendung pasti berlalu,pelangi yang indah pasti akan muncul dan matahari akan bersinar kembali.
p/s: hadapilah dengan senyuman =)

Saturday, February 7, 2009

sehelai baju hijau

sehelai baju hijau
ditilik direnung
berkenan
diangkat diletak
bertahan
akal berkira
masih tak perlu
hati berkira
beli sajalah
kalau mahu
cukup cukup lah
kadang perlu memaksa tidak
aduh
seksa betul menahan nafsu
andai ku punya wang beribu...

Friday, February 6, 2009

raja lawak

malam ini, tiada cerita yang best.yang tinggal hanyalah raja lawak.tenat-tenat.tak kelakar langsung.macam manalah boleh keluar tv.yang ingatnya,aku ketawa kerana johan dan zizan.apa bendalah yang dimerapukan.malu pula aku mahu mengaku yang aku menonton raja lawak malam ini.cepat-cepatlah habis.

Thursday, February 5, 2009

kira-kira

2 cuti tahunan + 1 hujung minggu + 1 thaipusam = 4 hari
1 ayah + 1 ma + 2 yu & cang = 4 ke bintulu
1 din di husm
hari ini, 1 paih + 1 aku = 2 di rumah
esok, 1 paih ke asrama = 1 aku di rumah
isy...beranikah aku?
lupa
Tuhan yg 1 kan ada
=)

lekat

makan nasi
lauk ikan
aduh
lekat tulang
kepal nasi
tak jadi
telan liur
aduh
ada lagi
apa nak buat
ini pun
rasanya
ada lagi
pedih pedih

Tuesday, February 3, 2009

mungkin

sehari dua ini tidak tahu kenapa,rasa hilang seri,rasa kusam muka dan rasa sunyi benar.apa sebabnya?mungkin kerana din mahu dibedah hari ini,takut barangkali.atau mungkin serabut memikirkan tesis,benci amat fikirkan hal itu.atau mungkin buntu bila mahu pergi servis kereta,tiada yang boleh diajak membantu,moksu ada cumanya jauh dan tidak berbaloi kalau semata-mata ke shah alam sekadar untuk menjemput aku.atau mungkin kalut teringatkan student2,yang kertas peperiksaan akhir mereka tidak secemerlang mana-seperti sepatutnya.atau mungkin aku saja membesarkan hal yang kecil?ada mungkinnya..

Monday, February 2, 2009

henset

sekejap hidup sekejap mati
sekejap jelas sekejap hilang
sekejap ambil sekejap letak
sekejap naik sekejap turun
sekejap mahal sekejap murah
sekejap nokia sekejap sony
sekejap mahu sekejap buntu

p/s:
a: sekejap ya, bukan mudah mencari henset.bukan selalu tukar henset.masuk tahun ini,sudah 4 tahun setia dengan yang ini.
b: tapi kenapa tiba2?
a: kerana yang ini sudah uzur benar. tak dengar suara.kenapa?tidak percaya?sungguh..itu saja sebabnya.
b: tapi kenapa perlu yang 3g?
a: kerana ini zaman teknologi.salah ke?
b: ke mahu hubungi sesiapa?
a: yalah kot

--konflik antara pons dan medula oblongata--
masih belum tahu siapa yang menang
=)

Sunday, February 1, 2009

hitam putih kehidupan

Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan
Dengarkan di sana-sini
Beburung riang menyanyi
Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Mensyukuri nikmat Maha Esa
Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban
Tiada yang dapat lari dari masalah diri
Hadapi lah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan
Sekadar buat renungan
Untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan
Hidup ini usah persiakan

p/s: untuk sahabat, yang kadang meminta untuk sekadar menjadi teman.fahamilah...

When You Say Nothing At All

It's amazing
How you can speak
Right to my heart
Without saying a word,
You can light up the dark
Try as I may
I could never explain
What I hear when
You don't say a thing
The smile on your face
Lets me know
That you need me
There's a truth
In your eyes
Saying you'll never leave me
The touch of your hand says
You'll catch me
Whenever I fall
You say it best
When you say
Nothing at all
All day long
I can hear people
Talking out loud
But when you hold me near
You drown out the crowd
Try as they may
They could never define
What's been said
Between your
Heart and mine
The smile on your face
The truth in your eyes
The touch of your hand
Let's me know
That you need me
You say it best
When you say
Nothing at all
You say it best
When you say
Nothing at all
p/s: lagu lama yang aku dengar di sinar fm
muzik retro
diminati seorang teman
rasa lama bila dengar lagu lama
lama sudah hidup
lama lagikah?

teman

teman
izinkan dulu aku jadi sahabat
agar boleh sentiasa aku mendengarmu
bila mana
akal serabut
hati kalut
langkah kelam-kabut
bukan aku ini sempurna
namun aku punya hikmat
mungkin mujarab untuk teman

teman
indah bicara denganmu
suka dengar tawamu
gembira dengan selokamu
kagum dengan kamu
bila bisa ketemu
...

Saturday, January 31, 2009

perihal madu

lewat petang semalam,moksu bercerita perihal mencari isteri.didengar dari radio katanya.ada 5 petua mencari isteri ;
1) pilih yang beriman
2) pilih yang sejuk mata memandang
3) pilih yang pandai memasak
4) pilih yang boleh menjaga hati
5) pastikan keempat2nya tidak mengenali satu sama lain
serius aku mendengar,lawak antarabangsa rupanya.ada betulnya juga.pagi ini sementara menunggu mata mengantuk, terfikir kembali tentang itu.perihal madu-pernah kutanyakan pada ayah-tidakkah dia mahu beristeri lagi, memadukan ma dalam makna kata yang lain.ringkas saja jawabnya-tidak ada lelaki yang tidak mahu beristeri lebih dari satu.tapi bagi dia,tidak sanggup untuk melihat anak-anak perempuannya dimadukan suatu hari nanti.lalu aku terfikir-apa kaitan dia beristeri lain dengan kami yang dimadukan.'slow' betul aku masa itu (seingatnya-soalan ini aku ajukan sewaktu di darjah 3).bila di usia begini baru ku faham.
sewaktu di tingkatan 2 di sebuah sekolah agama di kota bharu, seorang senior yang kononnya boleh meramal sesuatu melalui garis di tapak tangan,meminta melihat tapak tanganku.sebaik saja ditenung, dia terus berlalu.katanya tiada apa2 yang menarik.dari air mukanya aku tahu dia sembunyikan sesuatu (terasa pula mahu menyanyikan lagu sembunyi-misha & andy flop poppy).puas dipaksa barulah diberitahu-katanya aku akan dimadukan-samada menjadi yang tua atau yang muda.hahaha-bayangkan apa perasaan ketika itu-kelabu sekejap muka-di umur itu aku dikatakan akan dimadukan-takut amat!!!aku hidup dengan bayangan itu sehingga sekarang.setiap kali terfikirkan itu, seriau bulu roma.mana iman dan akal ku?tidakkah percaya pada qadha' & qadar itu adalah sebahagian daripada rukun iman?tidakkah kerja menilik itu syirik?tidakkah berdosa aku?tapi itu aktiviti zaman jahiliyah,masa remaja,semua benda hendak dicuba. sudah ku pohon ampun dari Tuhan-moga2 diterima.
ditanyakan pada kawan2 satu ofis perihal madu.yang lelakinya akan menjawab 'mahu saja'.yang perempuannya menjawab 'tidak rela,baik diceraikan dari dimadukan'.aku menjawab 'no komen'.hahaha-macam artis pula.seorang ustaz yang selalu bercerita perihal ingin beristeri lebih menjawab 'tidak mungkin cik yah.saya sayangkan isteri saya.susah saya mendapatkannya,mana mungkin saya sakitkan hatinya'.ustaz yang tahu hukum-hakam,yang tahu lebihnya & kurangnya madu pun tidak sanggup memadukan.ermmmm...fikir2 lah.
madu itu manis sekali,
pahitnya berkali-kali.

-kenapa berat benar tajuk pagi ini?-

Thursday, January 29, 2009

bangau oh bangau

Bangau oh bangau,
kenapa engkau kurus?
Macam-mana aku tak kurus,
ikan tak mahu timbul.

Ikan oh ikan,
kenapa engkau tak timbul?
Macam-mana aku nak timbul,
rumput panjang sangat.

Rumput oh rumput,
kenapa engkau panjang?
Macam-mana aku tak panjang,
kerbau tak makan aku.

Kerbau oh kerbau,
kenapa tak makan rumput?
Macam-mana aku nak makan,
perut aku sakit.

Perut oh perut,
kenapa engkau sakit?
Macam-mana aku tak sakit,
makan nasi mentah.

Nasi oh nasi,
kenapa engkau mentah?
Macam-mana aku tak mentah,
api tak mahu menyala.

Api oh api,
kenapa engkau tak mahu menyala?
Macam-mana aku nak menyala,
kayu api basah.

Kayu oh kayu,
kenapa engkau basah?
Macam-mana aku tak basah,
hujan timpa aku.

Hujan oh hujan,
kenapa timpa kayu?
Macam-mana aku tak timpa,
katak panggil aku.

Katak oh katak,
kenapa panggil hujan?
Macam-mana aku tak panggil,
ular nak makan aku.

Ular oh ular,
kenapa nak makan katak?
Macam-mana aku tak makan,
memang makanan aku.

Memang makanan aku......

-mahu aku menjadi seperti ular..
tidak diletakkan salah pada yang bukan hak
tidak dinafikan rasa pada yang hak
tidak itu dan tidak ini
..kalaulah bisa sentiasa begitu, duhai akal dan hati...-

Wednesday, January 28, 2009

hari raya cina

pagi ahad jam 6.30, baru dapat menjejak kaki di tanah r.panjang.dijemput ayah seperti selalu,bertanya khabar aku dan adik2.seperti biasa-ok sj ayah.smpai di rumah melihat kerut risau din-barangkali memikirkan mahu dicari di mana 20 ribu buat pembedahan kali kedua tangannya.jangan buntu din, masih banyak cara,masih ada kakak-kakak untuk membantu.apa guna saudara kalau masalah sekecil ini tidak bisa dibantuselesaikan.
sekitar jam 9.30 pagi, menemani ma dan jah ke pekan rantau panjang.ma mencari t-shirt dan seluar trek cang, jah mencari kertas kajang dan aku mencari sehelai jins,namun dijumpai bersama 2 helai baju.seperti sudah jadi kebiasaan 2 3 menjak kebelakangan ini, 1 yang dicari, 3 atau 4 yang lain mengekori.hisy...tabiat baru yang patut aku kikis cepat2, kalau tidak kikir lah aku selepas ini.
petangnya baring2 membaca akhbar.tidak mahu menemani ayah ma ke kenduri.bosan amat mahu menadah telinga mendengar soalan yang sama.sudah boleh kalian agak rasanya apa bentuk soalannya.
malamnya memerhati lembut tangan ayah ma mengurut tangan din-betapa kita beruntung din,sakit kita ketika mereka masih disisi.ada mereka untuk menemani,walau sesekali diiringi bebelan-tidak mengapa.enak didengar juga sekali sekala.
pagi isnin-sekitar jam 9.30 pagi bertolak ke pulai chondong, ke rumah tukang urut yang biasa.sesi urutan keempat untuk aku dan pertama kali untuk din.ya tuhan, sakit betul kali ini,bahana bertumit tinggi dan berulang naik turun ke tingkat 3,juga memandu 50 km hampir setiap hari.2 jam baru selesai.ringan rasanya badan.bagi yang belum pernah berurut,jangan sesekali kalian cuba-kata orang, jangan diajar badan berurut,ketagih jadinya.konteks aku-terpaksa.
petangnya, menyambut makcik sekeluarga.membawa menantu barunya dan seisi keluarga yang x berapa besar itu.terduduk aku petang itu dengan ayat pedas mak saudara ku yang satu,sangkaku tiada yang perasan,tapi ayah faham rupanya.ayah yang sangat2 menjaga bab itu,agak terasa mungkin, kerana itu diulang2 di depan ma.mohon ma mengerti bagi pihak kakaknya.tiada apa yang sakitnya ayah,apa yang dikata betul belaka.biarkan mereka, lenguh mulut berhenti jua.
pagi selasa-sudah lama tidak bermalasan begini..hahaha...(betul ke wok?)..aku tidur sepanjang pagi.mungkin masih terasa dan terkenang tingkah makcik yang semalam.tengaharinya mula mengemas barang2 untuk dibawa ke kl.serasa tidak mahu menjenguk saudara untuk tempoh yang dekat ini.merajukkah aku?
petangnya menjenguk icang di asrama.sihat2 seperti selalu.jangan risau =) (buat kekasih2 hatinya-wok dan okjah)
malamnya-berangkat ke kl dengan bas persiaran.sudahlah mahal dari biasa, servisnya pun lebih istimewa dari biasa.hahaha..tayar pancit di k.krai.2 jam menunggu baru boleh menyambung perjalanan.sudahnya 9.15 pagi baru aku sampai di stesen lrt salak selatan.emergency leave yang pertama untuk tahun ini..huhu..seronok juga sebenarnya. kesian moksu, menunggu ku sedari jam 5 pagi, akhirnya pulang dengan tidur yang tidak cukup, dan aku yang tidak sampai2.itulah moksu, sudah ku katakan, tunggu panggilan baru bergerak.akhirnya, ber lrt juga lah aku.
petangnya-dibelanja sate hj samuri.terima kasih untuk yang sudi belanja.lain kali boleh lah lagi ye =)
-awalnya tidak tahu mahu tulis apa, akhirnya biar semua tahu, aku memang kering idea.sekadar mahu berkongsi dengan mereka yang dekat-

entah-buat din & waqi

Entah mahu bicara tentang apa, entah mahu mula dengan apa.saat ini seluruh keluarga turut sama hilang ceria-walau di mata dan mulut seakan tiada apa berlaku.dari sorot mata kalian, dari desir suara kalian, kami tahu kalian sedang sarat menanggung beban.nun jauh di hati, kami turut merasa apa yang kalian rasa.kami sedih melihat kalian bersedih, kami sugul melihat kalian sugul,kami kabur melihat kalian kabur.tolonglah adik2ku,kembalikan ceria di wajahmu, agar kami juga bisa kembalikan ceria di wajah kami.duhai adik, ujian ini mungkin yang paling berat buat kalian, tapi bagi kami ujian ini pelengkap hidup kami.kita hadir bersama suka dan duka.telah kita sama harungi saat suka, apa salahnya kalau duka ini kita juga sama berkongsi.jangan sekali kalian rasa berseorangan,sedang kami ada untuk meramaikan.jangan sekali kalian beralah, kerana bukannya cara kita untuk beralah.selagi hayat dikandung badan,selagi roh dikandung jasad-kita akan sama berusaha.masih banyak jalan yang belum dicuba.tidak Allah turunkan dugaan pada orang2 yang tidak selayaknya menanggung.sama kita menguatkan.salam sayang, long.

Saturday, January 24, 2009

kebal rasa

untuk kali ini perlu aku kebalkan rasa.demi adik2 dan ma ayah.perlu dicari tapak baru untuk berlari,agar aku sempat menjadi sesuatu yang dapat mereka rasakan kehadiran.demi antara mereka dan pelajar,kudahulukan mereka yang lebih perlu.jauh mereka mendahulu.

Sunday, January 18, 2009

salam untuk waqi

salam untuk adik yang satu
aku tahu sukarnya hidupmu
aku sedar sesaknya fikiranmu
aku kagum akan kekuatanmu
aku kaget fikirkan ketakupayaanku
aku tak berdaya membantu dari segi itu
aku juga merangkak sepertimu
aku pohon kefahamanmu
aku pinta teruskan ketabahanmu
aku doakan yang terbaik buatmu
aku faham benar susahnya kamu
aku arif benar senangnya kamu
aku harapkan yang bahagia sahaja untukmu
aku rindu kamu
-moga dalam lindunganNya selalu-

Tuesday, January 13, 2009

12 hari yang sudah

hari ke 13
12 hari yang lepas banyak betul yang berlaku
1- kamu buat ku tersenyum
2-balik kampung
3-antar jah dan yu ke asrama, baliknya meredah beberapa jalan ditenggelami air-kesian wira ayah-kesian juga fadie a.k.a wok, mengalah menggunakan kancil-tugasannya menghantar paih dan cang-boleh dibayangkan, sambil memandu sambil tangan mengelap cermin--hujan lebat, penghawa dingin rosak,berketul2 lah lenganmu selepas ini--hehehe..wok memang power!!!
4-bersama fadie mengintai anak2 cikgu murni main air bah (kutahu benar-kamu cemburu)
5-air pun pandai bertahan (banjir termenung,aku dan fadie sama termenung)
6-menjemput ayah ma dr lapangan terbang --speechless moment, how i miss them so much!!!
7-antar paih (jajahan pasir mas-7 pagi)
antar fadie (jajahan kota bharu-9 pagi)
antar yu (jajahan tanah merah-6 petang)
antar cang (jajahan tumpat-7 petang)
antar aku (pekan rantau panjang-8.30 malam)
-kutinggalkan ayah ma yang masih banyak mahu bercerita-sedang anak-anak sibuk dengan
dunia sendiri-andainya masa itu milik kita
8-sampai k.l-----keja la, apa lagi!!!
9-amek din (lcct)-2 pagi br sampai umah
10-antar mimi mandi
11-temankan moksu g sogo, aku g kedai pakaian murah-sebelah pusat pakaian hari2-memang
rasa mahu pegi hari2-murah amat,cantiknya tak berapa-faham sajalah
12-kelas seawal 8 pagi-petangnya gi amek mimi--bersih jugaklah untuk harga rm180- kusyen+karpet---hapaknya masih ada
13-hajatnya mahu bergerak seawal 6.30-mahu singgah di um-mencari sisa-sisa yang tertinggal

---ceria2 semua.kerana hari ini tidak mungkin berulang, nikmati dan hayati setiap yang berlaku---
aku bahagia bila kamu bahagia

Sunday, January 11, 2009

sedang aku berkira

sedang aku berkira mahu kfc atau mcd
yang di sana berkira mahu hidup atau mati

sedang aku berkira mahu milo atau nescafe
yang di sana berkira mahu hidup atau mati

sedang aku berkira mahu tgv atau gsc
yang di sana berkira mahu hidup atau mati

sedang aku berkira mahu adidas atau nike
yang di sana berkira mahu hidup atau mati

sedang aku berkira mahu levi's atau lee
yang di sana berkira mahu hidup atau mati

sedang aku berkira mahu bangkok atau bali
yang di sana berkira mahu hidup atau mati

sedang aku berkira mahu boikot atau beli
yang di sana berkira mahu hidup atau mati

sedang aku masih berkira-kira
yang di sana sudah tak terkira

ini bukan sekadar keagamaan
ini melebihi batas kemanusiaan
bertahanlah Gaza
Allah sentiasa bersama

Tuesday, January 6, 2009

antara salji dan airmata

salji turun lagi
seperti selalu
yang setia pada disember
gerimis jatuh lagi
seperti selalu
yang setia pada tengkujuh
dan airmataku
gugur lagi
seperti selalu
yang setia pada hati

walau kelak saljinya jadi jernih
walau kelak gerimisnya jadi kering
walau kelak airmataku jadi beku
mana mungkin sejernih hatimu
mana mungkin sekering hatiku
mana mungkin sebeku hati kita

-kita sama berjuang-
samalah kita menguatkan
kita juga tahu untuk siapa nukilan ini
=)

Thursday, January 1, 2009

Fall for you

Tidak tahu mengapa lagu ini selalu terngiang2.mungkin kerana alarm di henset teman serumahku selalu saja menyanyikan lagu ini di pagi hari.setiap pagi pasti aku terkebil2 cuba memahami apa yang dinyanyikan.maka malam ini baru ku jumpa.agakku, mungkin ada maknanya lagu ini pada dia.tapi padaku, ia sekadar lagu-sedap juga liriknya,indah juga muziknya.mungkin tidak salah-kalau sekadar ingin berhibur secara tidak keterlaluan.hayati...


The best thing about tonight's that we're not fighting
It could it be that we have been this way before?
I know you don't think that I am trying
I know you're wearing thin down to the core
But hold your breath
Because tonight will be the night
That I will fall for you over again
Don't make me change my mind
Or I won't live to see another day
I swear it's true
Because a girl like you is impossible to find
You're impossible to find
This is not what I intended
I always swore to you I'd never fall apart
You always thought that I was stronger
I may have failed, but I have loved you from the start
Ohh, but hold your breath
Because tonight will be the night
That I will fall for you over again
Don't make me change my mind
Or I won't live to see another day
I swear it's true
Because a girl like you is impossible to find
It's impossible
So breathe in so deep
Breathe me in, I'm yours to keep
And hold on to your words 'cause talk is cheap
And remember me tonight when you're asleep
Because tonight will be the night
That I will fall for you over again
Don't make me change my mind
Or I won't live to see another day
I swear it's true
Because a girl like you is impossible to find
Tonight will be the night
That I will fall for you over again
Don't make me change my mind
Or I won't live to see another day
I swear it's true
Because a girl like you is impossible to find
You're impossible to find

Saturday, December 27, 2008

segala

selalu saja katanya
ada aku, dia hilang segala
pada aku
ada dia, aku ada segala
maka itu
aku pulangkan segala milikku
agar dia pula merasa
tanpa aku, dia ada segala

Friday, December 26, 2008

rindu bonda

terima kasih bonda
kerana doamu
akhirnya
aku terjaga juga

rindu bonda

tesis oh tesis

sepatutnya,masa yang aku guna untuk merapu di ruangan ini aku gunakan untuk menyiapkan tesis ku yang berbaki mungkin 1/10 lagi.tapi, dipaksa macam mana sekalipun, otak dan tanganku sudah beku.koma barangkali,memikirkan yang aku sebenarnya hampir mustahil menyiapkannya sebelum esok pagi.sekarang sudah 1.42 pagi.mana mungkin..

alang-alang tidak mungkin,biar jadi mustahil terus.marah pada siapa sepatutnya aku?

pada semua yang bertanyakan tesisku barangkali.semestinya juga pada dua penyelia ku..tidak terfikir kah mereka betapa setahun setengah tesisku diperap,diserahkan dengan segala macam yang tidak kena,kemudiannya perlu dihantar dalam masa 3 minggu.mungkin panjang masa itu buat kalian.ok.cuba ditambah sedikit lagi dengan beban mengajar subjek baru-anatomi-yang mana semua berkenaannya telah aku tinggalkan 6 tahun yang lalu.maknanya ilmu itu perlu diperbaharui setiap kali mahu ke kelas.masih sedikit?ok.tambah sedikit lagi dengan satu subjek kegemaranku-genetik-yang mungkin bebannya tidaklah seteruk yang tadi.masih lagi ok agaknya.tambah sedikit lagi dengan tugas baru-menjadi salah seorang penggubal jadual kelas dan penjaga ketenteraman bilik kuliah atau nama orang putihnya-timetable committee n person in charge for classroom management.masih tidak terlalu banyak.oh ya, jangan lupa beban mengajarku adalah 20 jam seminggu-tidak dicampur lagi dengan sesi bersama mentee dan segala macam miting yang akhir-akhir ini kerap pula berjalan-sepertinya tahu yang aku ada kerja lain untuk dibereskan.satu lagi tertinggal-aku juga satu daripada yang menguruskan orientasi pelajar-pelajar baru-yang ambilannya adalah setiap bulan-agak tidak masuk akal tetapi ianya benar.kerjanya 6 hari seminggu-yang hampir-hampir tidak membenarkanku untuk pulang ke kampung.akhirnya-aku hampir hilang segala.hilang tidur,hilang seri,hilang mesra,hilang cakap,hilang kawan...nasib ku baik kerana masih belum hilang diri,tapi kalau aku mampu menghilangkan diri-akan ku buat.dan seperti biasa,akan kusalahkan orang lain untuk semua kehilangan ini.semuanya berpunca dari tesis-yang pasti sudah ku hantar ikut tarikhnya,tapi siapa yang tidak ikut tarikh memulangkan kembali padaku?siapa yang membuat aku terpaksa membayar beratus-ratus untuk setiap semester?dan mungkin beribu selepas ini (tidak mungkin rayuan pengurangan yuran kali ke 3 diluluskan).aduhai...hilang lagi duitku..apa-apa sajalah,atau kata orang putih-whatever!!!

apa mahu mu

apa mahu mu duhai teman

apa besar sangat salahku
apa berat sangat tuturmu
apa payah benar senyummu
apa hina sangat laku ku
apa jahat benar tingkah ku
apa keji sangat lagak ku
apa miskin sangat kah aku
apa boleh ku buat

kamu sepatutnya lebih kenal aku
lebih tahu burukku
lebih faham rasaku
lebih sabar dariku
lebih kenal jahatku
lebih dalami sakitku
lebih maklum kurangku
lebihnya aku kurangnya aku
lebih segala-galanya

apa mahu mu duhai teman

Tuesday, December 23, 2008

bukan tidak mahu mengalah

satu persatu rakan sepejabatku memilih untuk tidak lagi sepejabat denganku-ertinya memilih jalan keluar ke tempat yang lebih bagus-barangkali.sepanjang berada di sini, tidak kurang dari 15 orang rasanya telah pergi-ralat juga memikirkan betapa sabar juga aku sebenarnya.hari pertama kesini-gembira bukan kepalang.kerana akhirnya laku juga gulungan ijazahku.sangka ku paling lama aku disini pun 6 bulan-hajat di hati mahu ke tempat dimana kehendak yang lebih besar boleh dipenuhi.akhirnya setahun setengah juga-ku gagahkan kaki dan hati-kaki kerana menekan minyak dan brek ke shah alam hampir setiap hari-hati kerana memikirkan ku sudah jatuh hati dengan semua yang ada disini.setiap hari mendengar keluhan sahabat-sahabat,betapa peritnya rutin disini,masih tidak membuat aku kecewa dengan tempat ini.bukan tidak mahu ku kejar wang beribu,bukan aku tidak penat dengan segala segi kerja disini,bukan sekali terbitnya rasa ingin mengalah-tapi entah lah.aku tidak tahu.apa sebenarnya istimewa tempat ini di hati.hidup seolah-olah terbeku disini.jiwa seolah-olah terpasak disini.bukan tidak mahu mengalah,sering saja rasa itu ada.cumanya ikut hati mati,ikut rasa binasa.bertahanlah aku.

Thursday, December 18, 2008

senyumlah


buat semua yang dekat
senyum selalu
bahagiakan yang lain dengan senyummu
kerana aku bahagia dengan senyum kamu
senyumlah
walau dalam sakit dan perit
walau dalam resah dan gundah
walau dalam penat dan lelah
kerana aku kini tersenyum
kerana senyum kamu
=)

Wednesday, December 17, 2008

makan malam di hotel one world







ada apa dengan oren?
yang pasti, ada tenang dalam hijau


Tuesday, December 16, 2008

merinduimu

payah benar rasanya menghirup udara yang tiada bau ayah dan ma, sesak betul dada menahan rindu yang teramat.bukan tidak pernah berpisah selama ini,cuma perpisahan sekejap ini disertakan ujian yang bukan sedikit sakitnya.andai semua bisa memahami sepertimu,andai semua bisa merasa sakitku seperti kamu selalu merasanya,andai semua bisa mengerti betapa beban ini bukan yang biasa-biasa-pasti tidak aku meluah disini.andai semua bisa...
kerana bukan semua bisa-makanya jangan cepat menghukum.pintaku-cukup sekadar berdiri disisi,bukan berlari menjauhi.bukan dipinta untuk sama berkongsi,cukup sekadar mengerti.

Tuesday, December 9, 2008

laskar pelangi

ditujukan khas buat semua yang selalu bersedih--hidup terlalu banyak yang indah untuk dilepaskan--ceria-cerialah =)

mungkin adalah kunci
untuk kita menaklukkan dunia
telah hilang
tanpa lelah sampai engkau
meraihnya

laskar pelangi
takkan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
raih bintang di jiwa

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia

selamanya...

cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau ini kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita

laskar pelangi
takkan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia

selamanya...

sekitar keberangkatan ma+ayah











Khas untuk waqi

Monday, December 8, 2008

susah (Tuhan Lebih Tahu)


susah menjadi manusia
banyak hati perlu dijaga
banyak rasa perlu didera
banyak cakap perlu dilapik
banyak dengar perlu ditapis

tanpa susah, bukan manusia namanya

banyak rasa perlu didera

Saturday, December 6, 2008

mengenang mimi


hanya aku dan moksu yg tahu siapa mimi-dan di sini mahu dicanangkan pada semua bahawa mimi itu nama timangan untuk myvi merah moksu.hahha..kelakar sebenarnya bila meletakkan nama pada makhluk tidak bernyawa seperti mimi.mimi yang banyak jasanya-tidak mungkin bertemu kereta sehebat mimi dan kalau ada sekalipun tidak mungkin dapat mencapai walau 1/10 jasa mimi pada aku.
harapnya akhir disember ini sempurnalah mimi diubati-sakit yg sebabnya datang dari tuannya sendiri.jangan semua tidak tahu,semasa kecelakaan jalanraya tempoh hari,airmata ku mengalir bukan kerana sakit,bukan kerana panik kerana tidak tahu mahu buat apa dan bukan kerana melihat alia dan alin memanggil-manggil uminya---yang ditahan-tahan itu gugur juga sebaik mimi ditolak orang,dibetulkan dari baringnya yang senget.
dekat betul mimi di hati-walau aku bukan tuannya, tapi lagakku melebihi tuannya..heh..cepat2 lah baik, walau x sesempurna dahulu, adanya kamu kutunggu.

Sunday, November 30, 2008

hidup

salam buat semua..susah betul menulis-buat manusia yang kurang sifat 'jiwang'nya.banyak sebenarnya boleh ditulis,cuma tiada masa dan tiada rajin.ma dan ayah sudah selamat berada di tanah suci-moga mereka boleh beribadah sesempurnanya-walau dengan keadaan ma yang batuk2.perubahan cuaca sedikit sebanyak mengganggu ma-jangan kiranya ya Tuhan,batuk ma itu mengganggu hidupnya di sana.
adik-adik di kampung-fadie,fiona,fizzy (panggilan manja ayah untuk lah,nah,jah) dan paih-jaga diri baik2.hujan lebat dan banjir-acara tahunan yang wajib buat kita sekeluarga menambah kalut di benak.kalian betul2 merunsingkan k.yah-ku pohon dariMu ya Allah,lindungi mereka,kuserahkan segalanya padaMu yang Maha Tahu.

Wednesday, October 22, 2008

baik-baik saja

salam adik-adik yang sentiasa dlm ingatan.apa khabar?k.yh sihat2 sj-alhamdulillah atas nikmat Allah yang tak terhingga-menggunung tinggi dosa,namun masih dikasihi.moga lah,nah,din,ki,jah,paih,yu dan cang (dan juga moksu) juga begitu-tak dilupa buat ahli baru keluarga kita-fadhil.ari ni,genaplah 2 bulan k.yh ditimpa ujian Tuhan.baru sangat lagi k.yh rasa-masih segar di ingatan kerut risau ma dan ayah bila mana k.yh disorong katil hospital.masih segar juga kelihatan titis air mata ma dan ayah di pagi jumaat itu.sangka k.yh (dan semua barangkali),tidak mungkin dapat berjalan seperti dulu.syukur yang tak terucap pada Tuhan yang tak pernah lupa-terima kasih yang teramat pada ma dan ayah-kerana banyak berkorban sepanjang tempoh itu.sebulan k.yh di rumah,tidur malam ditemani ma,bangun pagi dikejutkan ma,makan pakai diurus ma-hutang dulu masih belum berbalas-mana mungkin k.yh terbayar akan hutang yang ini.juga buat ayah-yang tak jemu-jemu mencari penawar buat sendi yang retak.beribu dihabiskan semata-mata mahu melihat k.yh berjalan semula.di saat k.yh hampir putus asa-ayah menguatkan-semangat yang mungkin tiada pada orang lain.pinjamkan semangat itu ayah-buat bekal k.yh dan adik-adik bila mana ayah ma memerlukan suatu hari nanti.ingatkan kami Tuhan-jangan hadirkan putus asa dan lemah semangat dalam diari hidup kami-kuatkan kami sepertimana kuatnya kedua ibubapa kami.buat adik2 yang mungkin menatap-ingat-mengingatilah kita-moga haluan hidup tidak terpesong dek duniawi-moga ukhuwwah ini tidak longgar dek orang luar-moga hidup kalian baik-baik saja.doa k.yh-moga ujian yang menimpa k.yh adalah himpunan ujian-ujian kecil yang dialihkan Tuhan dari bahu kalian.moga kalian tidak ditimpa dengan sesuatu yang sama sifat dengannya.moga kalian baik-baik saja.selama-lamanya. =)

Wednesday, September 3, 2008

pagi jumaat itu

pagi jumaat itu
Tuhan tarik sekejap nikmat berkaki
tidak ku mampu berdiri
apa lagi berlari

pagi jumaat itu
Tuhan tunjukkan kasih
pada jiwa-jiwa yang bersih
yang selama ini tidak terniat aku sisih

pagi jumaat itu
akhirnya bercucuran
air yang tak terbendungkan
dari mata-mata yang tak tertahankan

pagi jumaat itu
masih ramai yang keliru
apa sebenar berlaku
kerana yang pasti tahu
cuma Tuhan Yang Satu
jua kamu dan aku

Tuhan,aku redha!!

Monday, August 18, 2008

sombongkah?



kerana sombong,rela dia tidak meminta tolong

kerana sombong,rela dia menghubungi trak tunda

kerana sombong,rela dia menunggu berjam-jam

kerana sombong,rela dia mendiam seribu bahasa

kerana sombong,rela pula yang lain memerhati

kerana sombong,tiada pula yang lain mendekati

kerana sombong,satu kerja pun tak jadi

kera mana yang sombong?

ke lapan & ke sembilan


2 yang bongsu ini sama2 menanggung beban yang tidak tertanggung oleh kita-membawa harapan besar ayah ma-memimpin kita ke pintu syurga
satu daripadanya sedang menanggung sakit-harapnya ujian sementara Tuhan, mencuci dosa keluarga yang lain-kuatkan hati cang--sakit itu cuma sementara, buat penambah pahala kami yang lain
cepat-cepatlah sembuh--agar dapat bersenda lagi
rindu betul...pada semua!

Friday, August 15, 2008

sabar sajalah

yang maha sabar itu Tuhan
yang maha tahu itu Tuhan
yang maha adil itu Tuhan
yang maha kasih itu Tuhan
yang maha mendengar itu juga Tuhan

moga mampu ku kutip sedikit sabar itu
moga mampu ku tahu apa perlu sabar
moga aku adil meletakkan sabar
moga terbias kasih Mu dek kerana sabar
moga terdengar oleh Mu sabar yang satu ini
meski memang ku tahu
hanya Kamu yang maha segala...

Thursday, August 14, 2008

tumpang gembira

mendengar khabar anak2 muridku,mentee2ku lulus dengan cemerlang, cukup untuk menceriakan pagi, petang dan malamku.walaupun mereka tidak menerima ilmu terus dariku-gembiranya mereka terpercik,terasa juga.moga murid yang sedang ku depani semester ini bakal membawa berita gembira juga-walaupun saat menanda kertas ujian pertengahan semester mereka---serasa seperti menelan kerak nasi semalam-cukup payah dan memeritkan---mahu diluah marah-takkan kemana.yang sudah lepas, lepaslah.jangan dikenang lagi.
semester ini menghadiahkan aku pelajar yang menceriakan hari, dan melapangkan dada.walau mereka tidak sebijak yang dulu-ada sesuatu yang membuat aku terpaku.setiap mereka dengan cerita berbeda.alangkah baik kalau aku mampu duduk,mendengar keluh kesah mereka,mentakrif senyum pahit mereka dan berkongsi tawa tangis mereka.mereka bukan senang,namun tercampak kesini-kerana ilmu.kerana itu tidak adil kiranya ada antara kami berkata sinis 'kamu ini anak orang senang,sebab itu kesini...'---kerana mereka ini tidak punya banyak pilihan.moga pilihan yang 1 ini baik untuk mereka. selamat berjuang..

Friday, August 8, 2008

tiada kata


gotong royong raya korban 2006


rindu pd syafiq...


d late syafiq farhan--moga bahagia d tmpt br--moga kelak kamu x meminta nyawa dr ku--moga kamu disayangi seadanya-- =)

Monday, August 4, 2008

blk kg


-klia-antar waqi-ramadhan 2007-

slm buat adk2 yg mgkin menatap...pg td k.yh br smpai dr kg.lega rasanya, membereskan satu tugas yg kiranya wajib di lakukan sebulan sekali---mnjenguk ma ayh.mereka sihat2 shj--ayh mgkin nmpak lg kepenatan-smggu brkursus d jb.ma mcm biasa--cool..brsama natasya nya--bg din & waqi yg blum thu, natasya itu nama ank kucing jantan yg tggal menumpang sebatang kara di rmh, menemani ma ayh--menceriakan hr ma-sewajibnya.nama cantik yg diberikan okjah (a.k.a paijah) yg pd perkiraan k.yh tdk selayaknya berada pd sesuatu yg jantan sifatnya. :)

ptg sbtu, smasa dijemput ayh-sempat mengiringi paih ke asrama-paih...yg kita semua kenal. :) sejuk mata menatapnya-runsing d hati tiada yg tahu. sm2 kita doakan dia, keputusan peperiksaan terbaru tdk begitu baik.moga dia tdk hanyut dgn kwn2-atau mgkin jg tdk dia menghanyutkan kwn..

lewat petang menjenguk isyang di asrama--jangan tak percaya, dia makin susut...lagi.ada khabar gembira buat semua-markah bm nya tertinggi dlm kelas, dan katanya mungkin b.i juga tertinggi-cuma cikgu tak sempat umumkan..haha..kalian faham bukan?masih tak berubah adik yang satu ini.

tiba di rumah sdh lewat maghrib--sunyi betul...terfikir-bagaimana ayah ma meneruskan hidup dengan sunyi yang begitu??yang jelas di ingatan-bunyi natasya,bau natasya dan laungan ma memanggil natasya...besar maknanya natasya di mata ma-mungkin juga ayah-cuma tidak disuarakan mungkin..kerana itu jangan sesekali menyebut untuk membuang natasya..jahat mana pun dia-nakal mana pun dia--hanya itu yang ma ada-buat pemeriah suasana..ayah-yang pasti setia menanti---untuk membersihkan apa2 sisa natasya.seperti biasa ayah juga tidak pernah merungut..

semalam juga k.yh sempat menemani ma mencari kain baju kurung raya anak2 perempuannya.yang lelaki seperti kata ayah-beli saja yang sudah siap.sekali lagi ayah setia menemani--ke honyi.walaupun sekadar menunggu di kereta, jelas sekali dia tidak mahu sunyi di rumah.juga sempat ke rumah amah--menjenguk ayah aji yang baru 'menukar manik mata'-katanya..smpai sekarang k.yh masih tak tahu mcm mana rupanya manik mata...????

tepat 8.15, k.yh sudah berada di dalam bas.dihantar ayh ma.seperti biasa-ayah malu saat mahu dicium pipi-cepat2 dia mengalihkan muka..adik2ku-selepas ini,biasa2 kan ya?selagi sempat-kita buat..ma bertanya-ada duit?soalan biasa yang kadang2 sukar untuk membiasakan diri menjawab 'ada'.hahaha... :) .tp mcm skima jawapan yang biasa-ada ma,klu xda,kita puasa..

insyaAllah lagi 2 mggu k.yh balik lg...cuti skolah dan k.a bertunang...